[ U FOLLOW ME..]

Tuesday, October 8, 2013

[ Nak berlakon tak? ]

::

"Hello Sandra, u nak berlakon tak?"


"Nak, nak, sapa hero I, sapa pelakon yang akan berlakon dengan I?"

"U akan berlakon sorang je Sandra. Sebab u memang diva, kita memang budget u sorang je berlakon. Kalau ada pon, kita tambah sorang je laki, dia berlakon kejap je kot, U la heronya!"

"Oo ye ke? Bagi skrip dulu la, i nak baca."

"Skrip filem u tu pun dalam lima pages je gitew. Senang nak hafal."

"Ha? Biar betui? Abis tu costume I plak mcm mana? Sapa designer, sapa yang akan buat?"

"Jangan risau, U punya costume pun dua set je..? Maybe boleh pakai koleksi peribadi satu set, yang lagi satu tu kami sediakan?"

"Mmmm filem bajet ke apa ni? I akan berlakon kat mana?"

"2 tempat je, kat indoor studio dengan tepi tasik? Nak tak? Nak tak?"

"Citer apa ni?"

"GRAVITY"


Haa mungkin tu la perbualannya yang berlaku antara Sandra Bullock dengan Alfonso CuarĂ³n selaku pengarah filem Gravity sebelum shooting start.

Tak kurang pulak itu perbualan aku dengan member aku sebenarnya selepas tengok filem tu lewat malam tadi yang hanya ada 4 org penonton je.

Ye la bukan malam minggu pon, orang sibuk nak g keja esok kan, lain la kitaorang yang jadual cutinya xmenentu ni.

Nak jadi citer, walaupun citer tu obviously hanya dua org pelakon je, aku tetap enjoy.
Maybe kalau masuk box office producer pon senang nk bayar bonus, bayar kat beberapa orang tenaga kerja n pelakon je hihi.

Part yang aku tak boleh blah adalah part last sekali ketika scene di tasik. Time tu aku mula berfikiran macam-macam hanya kerana kawan aku yang dah tengok awal citer tu kata...

"Ending dia tak best, aku tak suka and xpuas ati la, kenapa macam tu?"

Masa scene last tu, dalam fikiran aku la, daripada susah payah dia dari angkasa jatuh ke bumi, akhirnya si Julia ni akan dibaham buaya tasik! Dan mati! Seolah-olah no point dia bersusah payah sbb mati juga akhirnya.

Mungkin sbb tu la kawan aku cakap dia tak puas hati. Dan itulah yang menyebabkan ending dia tak best..

Scene akhir buat aku berdebar-debar lebih teruk kot berbanding scene2 lain hanya disebabkan itu, hahahaha

Macam mana la aku leh terfikir dia akan kena makan buaya hahaha

Mungkin sbb aku pikir hanya dia seorang sahaja pelakon, maka pelakon lain yg wujud adalah binatang!  ^ ^

So sapa yang tak tengok lagi leh la pergi menonton. Best jugak!







::

p/s:: tonton la wayang pada weekdays, senang dpt parking n senang dpt seat best!


1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete