[ U FOLLOW ME..]

Monday, June 17, 2013

[ samun ]

KELANA JAYA-Ketika pulang keseorangan drp menonton wayang jam 240 pagi, kereta hosmet saya ditahan 4 lelaki melayu berkereta proton wira dengan memberi amaran kononnya kereta hosmet saya mengalami masalah.

Tanpa berfikir panjang, hosmet saya memberhentikan kenderaannya di bahu jalan di LDP dan cuba check keretanya. Dua drp penjenayah berkenaan turun dan berada berhampiran hosmet saya.

Menyedari tiada masalah, kedua-dua penjenayah terus menangkap dan mengarahkan hosmet saya duduk dibelakang bersama salah seorang daripada mereka dan kereta dipandu penjenayah berkenaan ke sebuah tasik.

Di tasik seoarang penjenayah lain membawa tali dan mengikat hosmet saya dan menutup matanya. Kemudian mereka bertiga bersama-sama kereta hosmet saya bergerak ke kawasan lain.

Dengan izin Allah kereta hosmet saya rosak di pertengahan jalan kerana dipercayai dipandu terlalu laju. Lalu kereta diberhentikan. Mereka menukar hosmet saya ke kereta wira tadi dipercayai mengekori dari belakang sejak tadi dan membawa hosmet ke kawasan perkuburan cina.

Di situ mereka memukul sambil menghunus pisau di leher. Mereka kemudian mengambil semua wang, ATM card dan pin number, beserta ipad. Tangan yang diikat kemudian dibuka dan kad pengenalan dipulangkan. Ketika cubaan melarikan diri, hosmet dipukul lagi.

Kemudiaan setelah urusan jahanam itu selesai, mereka beredar dan hosmet segera mendapatkan bantuan. Apa yg pelik sebelum beredar, penjenayah berkenaan dtg untuk memotong tali yg diikat kemudian menyerahkan kunci kereta hosmet. Kenapa ye? Bukan kah mahu samun kereta. 

Syukur tidak diapa-apakan. Cuma luka ditumbuk dimuka, bibir dan luka ringan di tangan dan kaki.

Empat penjenayah berkenaan lelaki melayu, seorang sudah berumur, manakala 3 yang lain adalah lelaki muda.

Nasihat saya, jika ditahan oleh kereta lain jangan berhenti, jika perlu berhenti di stesen minyak. Apapun kita tidak boleh menjangka malang yang menimpa. Ketahuilah semua yang berlaku penuh dengan hikmah tersendiri.

Apa diharapkan, penjenayah berkenaan dapat dikesan kerana wang di atm telah dikeluarkan di cawangan bank lain.