[ U FOLLOW ME..]

Thursday, March 7, 2013

[ oh saya memang tak suka subjek sejarah ]

::

Oh daripada tingkatan satu lagi aku memang tak suka subjek Sejarah. Bagi la guru ke cikgu cemerlang sekalipun, aku tetap tak suka. Ye la buat apa nak tahu perkara yang dah lepas. Past is Past. Hahaha tapi katanya kalau tak belajar daripada perkara sebelum ini macamana nak jadi hari ini kan.

Dalam kelas, walaupun yang budak yang bijak Sejarah kata subjek ni memang best sebab mudah sahaja dapat A. Katanya dengan menghafal, anda pasti berjaya. Masalahnya aku tak suka nak hafal sbb malas nk ingat semula.

Buat la 'mind maping' berbentuk awam kumulunimbus ke, awan sirus ke apa ke, tetap tak beri apa2 effect pada aku, meskipun pelbagai warna digunakan.. sorry! Akhirnya, PMR aku dapat C, SPM aku dapat 5C!


Yang menjadi masalah, aku kena buat sesi interview bersama dengan sejarahwan negara, Tan Sri Khoo Kay Kim, sebab isu Kesultanan Sulu. Kes macam ni tetiba naikla kan. Gelabah la aku sekejap. Pastu mula la aku buat research dan mula membaca satu persatu. Tp seperti biasa, baru beberapa perenggan dah malas.

Tiba time dengan Khoo Kam Kim tu, aku memang rasa kecil dan agak malu kalau-kalau soalan aku tu tak melambangkan kecerdikan dan pengetahuan aku pasal SULU mahupun penubuhan Malaysia melalui Suruhanjaya Cobold tu.. Tapi macam biasa, aku akan berlagak buat-buat pandai. hahaha

Akhirnya aku berjaya juga siapkan dan yang bagusnya dapat jugak la ilmu  sikit-sikit. Tp malangnya ia tak membantu untuk aku suka kepada SEJARAH. konsepnya no turning back!

Laporannya kalau korang nk baca, boleh la click DISINI 'Malaysia perlu ada kekuatan Sejarah- Khoo Kay Kim.' Mungkin boleh membantu anda yang tak suka Sejarah jugak. 






p/s: dulu pernah gila lagu "Sejarah Mungkin Berulang" kumpulan NewBoyz hihi.

3 comments:

  1. ak ske rumah dia, cam tenang je kan...dia pun sgt baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat..! open air gitu..mcm rumah rafidah aziz, tp umah dia banyak gile sofa dan perhiasan! haha

      Delete
  2. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete