[ U FOLLOW ME..]

Thursday, March 14, 2013

[ tak suka lah ! ]

::



Oh saya memang bencikan perubahan pertukaran dan tak mengikut apa kehendak yang saya nak. Biasanya kalau saya nak benda itu begitu, saya akan jadikan benda itu begitu. Lambat atau cepat saya tetap nakkan begitu..

Berada dalam situasi selesa, saya tak suka ia berubah kepada yang lebih tak selesa. Saya rasa semua orang begitu, tetapi dan ramai juga yang boleh terima dan ikut kepada keadaan yang baru..

Oh kenapalah saya tidak begitu. 

Saya tak suka la..hari ini hari yang tidak menarik bagi saya..
Saya tak suka
Tak suka la..!


p/s tak semua benda yang kita suka kita dapat, tapi saya tetap tak suka.

Friday, March 8, 2013

[ WANITA ]

::

Kepada semua WANITA yang berada dalam hidup aku, aku ucapkan SELAMAT HARI WANITA sedunia..


p/s: wanita..engkau racun engaku juga penawar, wanita, kerana keistimewaanmu.

Thursday, March 7, 2013

[ Menuju Puncak ~ Broga Hill ]

::


"Menuju Puncak, Gemilang Cahaya, 
Mengukir Cita, Seindah Rasa,  
Menuju Puncak, Seindah Rasa, 
Impian Di Hati..." 
Haa tetiba lagu Akademi Fantasia kan? ~pening


Sebenarnya nak ceritakan pasal pengalaman dan berkongsi gambar-gambar kenangan dan pengalaman aku menuju puncak BROGA HILL.

Hasrat untuk panjat Broga ni dah lama ada since aku tahu pasal kehebatan menyaksikan matahari terbit dari puncak Broga.  Maka akhirnya berjaya juga memenuhi impian.

Ceritanya ~Gigihla bangun sewaal 4 pagi walaupun hari cuti. Dah 5 hari (Isnin-Jumaat) bangun awal, sabtu pulak bangun lagi awal. Masa bangun tu rasa macam nak cancel je plan nak g Broga tu. Sebab? nak lebihkan tido!

Tapi bila dah naik keta, ramai-ramai bergerak sekali, jadi seronok pulak. Disebabkan banyak sangat tempat persinggahan, last-last sampai lewat sikit je di kaki bukit Broga tu.

Sampai je tempat parking kereta dah ada banyak kereta parking. Maknanya ramai la akan berada di puncak bukit tu kan. Rupanya ramai jugak yang berminat nk panjat bukit Broga ni, Maybe sebab dah terkenal kot. Macam ada pesta pulak kat atas tu kan.

Disebabkan masih belum subuh, maka gelap la suasananya. Ramai dari kalangan peserta semuanya first timer, masing-masing excited la. Bawak barang macam2, macam nak berkhemah kat atas tu kan. Torchlight adalah benda paling penting. 

Fasa demi fasa, lereng demi lereng, pokok demi pokok, maka sampai la ke fasa yang menghampiri puncak. Masa dalam perjalanan tadi macam-macam la berlaku, banyak benda funny sbb melibatkan peserta 'kenderaan berat' hihi. Funny pun antara kawan2 je la yang paham pun..

Denai2 yang ada, dah mcm jalan biasa jadinya sebab dah ramai sangat panjat. 

Curam tu tak kurang banyaknya juga, salah langkah boleh jatuh gaung! Sampai tahap yang curam, aku sedikit tidak yakin sbb macam misi mustahil la plk, takde pokok utk sokongan memanjat. Tapi bila tengok member yang 'berkenderaan berat' tu boleh, kenapa aku tak boleh kan. Memberi motivasi sangat kan.


Akhirnya berjaya jugak sampai puncak! Seronok sangat. Pasal matahari yang nak terbit ke tak, tak pula aku hirau. Tetiba je matahari dah ada..but still menarik la. Sampai je atas tu dah ramai gile orang sampai. Dioarang ni bangun tido kul berapa la agaknya? 

Yang pasti ini kali pertama kau buat aktiviti Hiking ni, walaupun dah ramai orang buat aktiviti ni. Ada yang panjat Gunung Naung la, Kinabalu la, aku setakat Broga ok la what. Yang penting aktivitinya menyeronokkan. Tapi oleh kerana aku ni agak takut kepada gayat, so tak berapa sesuai la sangat aktviti ni kot.

Tujuan nak naik atas Broga pun sebenarnya sebab nak ambik berposing je pun. Katanya lawa bila ambik gambar atas tu. Tapi memang lawa pun. Pulak tu kami bawak fotografer yang profesional dan memang suka ambik gambar orang..Dia plak tak suka diambil gambar. emmm memang sesuai sangat la tu..ok sangat la kan. Thanks Aiman.. ;p


++ Iklan Promote Aiman ++ 

"Aiman ada company nama PELANGI PUTIH. Dia buat fotografi dan videografi guna kamera DSLR, so sapa yang nak buat aktiviti lasak, nak dirakamkan dan didokumentasikan, boleh la hubungi dia. Majlis kawin pun sangat la boleh. Klick kat link tu ye. Ni plak CONTOH VIDEO hasil kerjatangan kompeni dia."
++ Ends ++


Masa turun tu ada sekumpulan budak2 belasan tahun ni sedang memanjat dengan hanya menggunakan selipar Jepun je..Apakah?

"Kami dah biasa la pakcik!"

What?? Pakcik???? 
hahahaha nasib dia bukan refer kepada aku! 
Semua orang terbahak2 gelak!
Ikut kan hati, pakat ramai-ramai tolak je budak2 tu ke dalam gaung! Puas ati hahahaha

Dan ini dia, pic-pic yang menarik (tangan kat bahu mata ke atas) Pic semua ni adalah hasil daripada sentuhan dia jugak. Aku memang suka!! (Sila abaikan aksi pelik-pelik sebab itu tuntutan kepada pose yang diinginkan!) 













 p/s: kadang kita di puncak, kadang kita di lereng, ok itu je..tak de kaitan kan? memang la hihi

[ oh saya memang tak suka subjek sejarah ]

::

Oh daripada tingkatan satu lagi aku memang tak suka subjek Sejarah. Bagi la guru ke cikgu cemerlang sekalipun, aku tetap tak suka. Ye la buat apa nak tahu perkara yang dah lepas. Past is Past. Hahaha tapi katanya kalau tak belajar daripada perkara sebelum ini macamana nak jadi hari ini kan.

Dalam kelas, walaupun yang budak yang bijak Sejarah kata subjek ni memang best sebab mudah sahaja dapat A. Katanya dengan menghafal, anda pasti berjaya. Masalahnya aku tak suka nak hafal sbb malas nk ingat semula.

Buat la 'mind maping' berbentuk awam kumulunimbus ke, awan sirus ke apa ke, tetap tak beri apa2 effect pada aku, meskipun pelbagai warna digunakan.. sorry! Akhirnya, PMR aku dapat C, SPM aku dapat 5C!


Yang menjadi masalah, aku kena buat sesi interview bersama dengan sejarahwan negara, Tan Sri Khoo Kay Kim, sebab isu Kesultanan Sulu. Kes macam ni tetiba naikla kan. Gelabah la aku sekejap. Pastu mula la aku buat research dan mula membaca satu persatu. Tp seperti biasa, baru beberapa perenggan dah malas.

Tiba time dengan Khoo Kam Kim tu, aku memang rasa kecil dan agak malu kalau-kalau soalan aku tu tak melambangkan kecerdikan dan pengetahuan aku pasal SULU mahupun penubuhan Malaysia melalui Suruhanjaya Cobold tu.. Tapi macam biasa, aku akan berlagak buat-buat pandai. hahaha

Akhirnya aku berjaya juga siapkan dan yang bagusnya dapat jugak la ilmu  sikit-sikit. Tp malangnya ia tak membantu untuk aku suka kepada SEJARAH. konsepnya no turning back!

Laporannya kalau korang nk baca, boleh la click DISINI 'Malaysia perlu ada kekuatan Sejarah- Khoo Kay Kim.' Mungkin boleh membantu anda yang tak suka Sejarah jugak. 






p/s: dulu pernah gila lagu "Sejarah Mungkin Berulang" kumpulan NewBoyz hihi.