[ U FOLLOW ME..]

Tuesday, January 29, 2013

[ Top 5 : Wartawan Penyiaran News TAK SUKA ]


::




Sepanjang hampir 5 tahun bergelar Wartawan Penyiaran di beberapa buah syarikat TV, Web TV, Kabel TV~walaupun masih hado dan biasa-biasa sahaja, aku nak menggariskan Top 5 perkara yang aku rasa semua wartawan penyiaran tak suka.

Pandangan aku hanyalah sekadar pandangan. Kalau ada wartawan lain yang tak 'bersependapatan' dengan aku lantak la kan. Pedulik hape. Korang tulis ar sendiri apa yang korang tak suka kan. hihi

5 perkara adalah yang aku bagi ni adalah tidak mengikut kedudukan rating PALING TAK SUKA ke apa ke. Sekadar elemen TAK SUKA sahaja.

1. Responden Tak Banyak Cakap

Paling tak suka bila kena dapatkan reaksi daripada orang awam /orang ramai berhubung isu berbangkit. Bila kita tanya, dia jawab sepatah-sepatah je. Soalan wartawan punya la panjang siap dengan explanation dan contoh-contoh jawapan yang diperlukan lagi, tapi dia tetap jawab, " Aah..Betul la tu", "Setuju", "Tak tahu la" dan tak kurang yang hanya mengangguk!. huh Dan kerana untuk TV, jawapan-jawapan macam tu memang la tak akan masuk TV la. Iye la, belum sempat nak show nama, dah abis jawab. Ada juga yang tak kurang yang malu-malu nak jawab, tp jawab jugak. Tp jawabnya 'No Komen'.. artis kah kawwww?!




2. Responden Banyak Cakap

Berlawanan dengan sebelum ini, ada responden lain pulak yang banyak cakap. Ni pun wartawan Tak Suka jugak. Terutama kalau yang jawab tu datang daripada Menteri-Menteri dan VVIP. Bukan apa, kadang-kadang time kita tanya soalan tu adalah time kami berebut-rebut beraksi ala pemain rugby dengan wartawan-wartawan yang nak 'menjolok' responden. Pastu jawapannya berjela-jela. Susah nak mencelah dengan soalan lain, dan jawapan yang berulang-ulang dan sama malah ada juga yang pointless.. Lenguh tangan nak pegang mic sementara nak tunggu dia abis cakap. Ada yang terpaksa tukar-tukar tangan sebab time-time tu muscle-muscle lengan tetiba dah naik macam body builder!


*Gambar tiada kaitan dengan penulisan


3. 'Anugerah' Wartawan Faveret

Menjadi wartawan 'feveret' (feveret lah sangat) oleh bos-bos anda adalah perkara lain yang wartawan tak suka. Feveret kaki kipas lain, ni feveret yang asyik-asyik kaw je kena pergi assignment. Dari pagi ke tengah hari ke petang hingga ke malam, nama kaw je asyik naik dan dipanggil suruh cover assignment itu dan ini, padahal time tu tengah sibuk siapkan assignment lain termasuk SPECIAL REPORT. Daripada desk Crime, Politik, Human Interest, Follow Up Issues, Retis, even Sukan pon kaw kena. Dalam sehari kalau kena 2 assignment tu adalah perkara biasa buat Wartawan Feveret. Alasan bos mudah, kaw berpotensi, kaw sangat bagus, kaw pandai tulis stori, kaw patut bangga bos pilih kaw, tu tanda bos percaya kan kaw..Kaw Kaw dan Kaw..Homaigad! TAPI time KPI, dia cakap kaw tak bagus..! Pengsan!




4. Oh Kerajaan

Bila ada urusan atau sesi interview tertentu melibatkan orang Gomen (Kerajaan), terlalu banyak prosedur tertentu malah birokrasi yang melampau walaupun sekadar mahukan 'Ucapan Selamat Hari Raya!' Setiap kali nak adakan sesi interview, kita buat panggilan nak deal dengan responden, jawapan dia "Encik kena buat surat encik.." itu jawapan yang malas aku nak dengar. Asyik-asyik kena buat surat. Bukan nak interview je. Nak ambik visual pun kena macam tu. Dah la nak mendapatkan maklumat satu hal, macam-macam birokrasi pulak kena follow. Kalau lepas send surat tu terus leh buat interview takpe, kena tunggu sehari dua, malah kekadang berminggu-minggu..last-last pas tunggu tak boleh diinterview.. 




5. Kerja Time Orang Cuti

Haih..mengeluh dulu boleh tak..? Oleh kerana ini adalah NEWS, maka setiap hari lah kena ada pekerja yang bekerja untuk RUN the News. so disebabkan itu, hari raya ke, deepavali ke Merdeka ke, Tahun Baru ke even HARI BURUH pun wartawan kena kerja. Ayat yang dah biasa sangat dengar daripada mereka yang bukan dari kalangan seindustri ni adalah "Woi, Bangla pun cuti hari ini okay..!"  Tu la pasal. Kalau dah bertekad nak jadi wartawan ko terpaksa terima la kan. Walaupun cuti boleh diganti tapi kebiasaannya time cuti-cuti umum macam tu adalah waktu yang sesuai bersama-sama family dan bersosial bersama-sama rakan-rakan lain. Orang sibuk beraya rumah sedara mara, ko sibuk kipochi umah terbuka orang lain. Orang sibuk celebrate New Year dengan bunga-bunga api, ko bergegas ke sana ke mari cari visual. Orang Thaipusam ko pon sibuk gie Batu Caves. Orang berbaju raya cantik-cantik berjalan-jalan, ko berbaju raya kat opis je..





p/s:: Ustaz Azhar kata, walaupun ko xsuka solat, malas nak solat, ko kena buat jugak, ikhlas ke xikhlas kena buat sbb itu WAJIB dan memang kerja kaw.



10 comments:

  1. aku stuju yg no 3!! sentap!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang khas untuk kaw..aku mcm taw ko sapa! haha

      Delete
  2. hahaha tq kerana bersetuju..kaw boleh menang anugerah gak..! hanya kaw! hihi

    ReplyDelete
  3. oh mimi! brings back memories sungguh bila baca entry kau kali ini, dalam banyak2 setakat ini lah, this is the best entry!! i loike...sbb jujur, amanah, bersih eh? lols.

    dan yang pasti mas #3 ayat hujung memang kerrrrlasss sgt...takpe insyaAllah, nanti "kaw berpotensi, kaw bagus...alih2 KPI kaw meletupsss nan jua".

    tingat time lepak2 dulu ngan korang sme...windu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah tq mama jun,~sabariah punya intonasi.ko memang suka komen membina kan..bagus sangat..!

      Delete
  4. ooooh satu gi, aku mmg ske baca blog kau, kau mmg penulis cerita seswai sgt gmbar & caption header atas nun...KECUALI pilihan lagu kau...tokojuit den....DAN gellii tinga dengar hahahaha ..."uuuh uuh uuh uh uh uh.." apakah...sorry no offense to marooners. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaah, aku pun kekadang terkejut, maybe aku kena setting balik volume level tu,btw aku suka gile lagu Maroon 5 tu. penaik semangat dia punya kerancakan.

      Delete
  5. Susah ke jadi reporter? Sbb abis spm tahun ni nak sambung belajar amik masscom broadcasting

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Beez, ini adalah sisi yang tak best, ada banyak sisi lagi yang best jadi reporter..cuba la. banyak benda yang best..tak susah kalau minat..salah satunya, kita berpeluang bertanya soalan kepada perdana menteri what..! pastu banyak kelebihan lain. boleh pergi ke negara2 yng sukar kita nak pergi kalau tak berduit, atau berduit sekali pun tak mampu nak pergi..macam ke GAZA, saya pernah ke sana..banyak pengalaman yang best..better sambung broadcasting, sbb boleh belajar dua benda- kamera work dan skrip writing juga. btw nk masuk line reporter normally basic apa2 course pon boleh, cuma lebih baik bidang masscomm. sbb reporting ada general, ada crime, ada bussines dan sbgnya.. good luck. focus dan mula belajar cipta idea2 baru..!

      Delete
    2. Wahh.. saya lagi excited nak jadi reporter ni.. thanks..!

      Delete