[ U FOLLOW ME..]

Wednesday, January 16, 2013

[ Bawani Oh Bawani, Listen (10x) ]

::
Menurut Bernama, Pelajar perundangan yang terkenal melalui klip video “Listen,Listen,Listen” yang merebak pantas, Bawani K.S. akan mengadakan sidang media di ibu pejabat Socialist Party of Malaysia di Brickfields pada Jumaat ini. Kerlas ko Bawani, terus glamor siap nak buat PC ( Sidang Media ).

Macam2 la, bila ada kaitan dengan politik cepat la berita tersebar dan jadi popular..Malaysia ni hidup bersandarkan politik semata-mata ke..?

Bawani katanya memuat naik tweetnya pada jam 2.39 pagi pada Selasa: ““Dear all, I’ll having PC reg this hot topic #Justice4Bawani #SharifahZohra #FreeEducation this friday 18/1, 10am at @partisosialis HQ.” pada jam 10 pagi pada Jumaat di @partisosialis HQ).Menurut laman web Socialist Parti Malaysia, Bawani adalah ahli parti berkenaan.

video asal Bawani

KUALA LUMPUR — Satu klip video Presiden Suara Wanita 1Malaysia didakwa memperbodohkan seorang pelajar di hadapan sekumpulan mahasiswa di sebuah forum dimuat naik keYouTube minggu lepas telah merebak pantas dalam kalangan ramai pengguna alam maya.
Dalam klip selama kira-kira 24 minit itu memaparkan keangkuhan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin bertutur di Forum Suara Mahasiswa “Seiringkah Mahasiswa dan Politik” di Universiti Utara Malaysia di Sintok, Kedah pada Disember lepas.
Paling menarik perhatian adalah cara Sharifah Zohra yang tidak setuju dengan pendapat seorang pelajar yang dikenali sebagai Bawani K.S. merampas mikrofon kemudia berkata “listen” (dengar) sebanyak 11 kali.
“Listen,listen, listen, listen, listen, listen, listen, listen, listen, listen, listen. When I speak, you listen’, ‘jangan samakan negara lain dengan Malaysia’. Kalau nak samakan dengan negara lain, apa yang kamu buat di Malaysia, go to Cuba, go to Argentina, go to Libya because all the students in this hall are happy with whatever the government does for them!
“You must understand what is democracy, you must understand – what is perhimpunan lebih dari 3 orang di sesebuah tempat’..‘Animals have problem’…‘kucing ada masalah’…‘anjing boleh menggonggong’…‘lembu kambing ada masalah’….‘kita manusia lebih rakus daripada ikan’…‘and you tau tak binatang apa yang paling banyak sekali masalah?’…‘pernah makan shark finn?’ atau ‘you are very much to go to another university’..” kata Sharifah Zohra.
Segalanya tercetus apabila Bawani yang berdiri untuk membincangkan dan menyuarakan keputusan mahkamah tentang Bersih dan soalan mengapa Malaysia tidak mampu untuk menawarkan pendidikan percuma seperti negara-negara lain.
Ramai memberi komen penuh sindirin menyelar keangkuhan Sharifah Zohra melalui Facebook dan Twitter.
Bahkan pengarah filem dan rapper kontroversi, Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee telah memuat naik klip versinya sendiri Namewee Tokok (009 Listen) dan versi rap mempersendakan Sharifah Zohra ke dalam akaun Facebook dan Twitter beliau pada hari ini.
Sementara itu, pemimpin Umno termasuk Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah dan ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin juga berasa video itu memalukan.
Khairy memuat naik mesej dalam menjarakkan diri beliau daripada dikaitkan dengan Sharifah Zohra.
“And on UUM issue. Please #listen to me: This Jabeen lady DOES NOT represent BN! Sekian,” said Khairy.
Naib Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Nasional Nur Afifah Abdul Rahman menyatakan rasa kesal Sharifah Zohra memperlekehkan kebenaran seorang mahasiswa bersuara.
“Saudara Bawani tidak wajar diaibkan di hadapan khalayak sementelah dia memberi pendapat dengan wadah yang disediakan sendiri oleh program terbabit,” katanya.
Dalam reaksi balasnya melalui Facebook akaunnya pula, Sharifah Zohra memuat naik mesejnya berbunyi :”“Never argue with stupid people. They will drag you down to their level and then beat you with their experience.” (Jangan berbahas dengan orang bodoh. Mereka akan membawa anda ke tempat mereka dan kemudian mengalahkan anda dengan pengalaman mereka.)
Dua akaun Facebook diwujudkan – Skuad Wonderpets 1Malaysia – SWiM dan Mahasiswa Benci Zohra Syed Jabeen – Pengerusi SW1M.

video remix ni memang best..!

Dan Respon ni plak aku sangat suka

~Pendidikan percuma, itulah topik asas yang dibangkitkan oleh Bawani ketika perbuatan bertanyakan soalan yang bagi saya bersifat agak provokasi kerana tiada adab di dalamnya. Ingat, kelembutan dalam suara, kesopanan dan nada yang bersahaja adalah salah satu adab dalam berhujah. Kalau sudah terjerit sana dan sini, itu bukan di namakan adab. 

Tetapi, kami difahamkan bahawa sebenarnya Sharifah itu hanyalah moderator dan program yang ada di UUM bukanlah panelis yang dilantik. Pada saat ikrar dibacakan, itu sudah penghujung majlis dan majlis berkenaan tidak ada menyentuh langsung soal politik.

Sharifah juga harus dipersalahkan. Saya tak tahu kenapa dia bercakap mengenai soal binatang dalam penghujahan. Tapi itu bukan persoalan kami. Andaikan kami pada admin SSTDMM, berdiri di hadapan situ. Mungkin ini hujah kami untuk menjawab soalan Bawani. Bawani membawakan negara-negara seperti Cuba, Argentina, dan Brazil, negara dunia ketiga yang sedang membangun yang menjalankan pendidikan percuma, dan kenapa Malaysia tidak mampu untuk melaksanakan pendidikan percuma? Namun, belum sempat Bawani menghabiskan hujahnya, terus Sharifah memotong. Ini juga merupakan salah Sharifah pada hemat saya.

Tetapi saya juga difahamkan yang Sharifah terpaksa memotong kerana kesuntukan masa program. Bawani pula bertanyakan selepas waktu program. Ini yang dianggap sebagai sejenis provokasi kerana sepatutnya soalan itu ditanyakan kepada panelis, bukannya moderator.

Berbalik kembali kepada topic perbincangan kita, apa yang perlu dijawab oleh Sharifah? Pertama, Sharifah harus menggunakan ayat ini, “Tiada apa yang percuma di dunia.” Memang pendidikan percuma, tetapi ada bayarannya untuk dapatkan sesuatu yang percuma. Analogi yang sesuai umpama beli sesuatu produk, kita dapat free gift melalui pembelian kita. Sama juga dengan isu ini, pendidikan percuma, tetapi rakyat harus membayarnya melalui mekansime yang lain.
Sebagai contoh, CUKAI. Untuk pengetahuan, Cuba dan Argentina merupakan negara yang lebih miskin daripada kita. Tanyakan kepada mereka sama ada bagaimana dengan pembangunan di negara-negara berkenaan? Bagaimana dengan keadaan di negara berkenaan.

Saya ambil contoh, Argentina. Memang pendidkan di negara berkenaan percuma dan terbuka kepada sesiapa sahaja. Tetapi, terdapat banyak kos tersembunyi di negara berkeaan seperti pelahar harus membayar kos pengakutan dan pelbagai kos-kos lain yang mengarut. Pemberian biasiswa di negara berkenaan yang tidak sama rata sebenarnya telah mengabaikan golongan yang berpendidikan rendah untuk masuk ke dalam university. Satu daripada sembilan orang pelajar di Negara dunia ketiga seperti Sri Lanka dan Mauritius mengamalkan pendidikan percuma?

Sebelum nak bercakap mengenai Sri Lanka, fahamkan dulu sistem pendidikan mereka. Hanya 10 peratus sahaja mereka yang layak memasuki university, selebihnya akan terpiggir. Inilah harganya yang perlu dibayar. Mengenai soal Mauritius, hanya orang bodoh sahaja yang membandingkan Malaysia dengan Mauritius. 1,286,340 merupakan jumlah rakyat di sana. Negara mereka pula kecil dan pengajian swasta cuma menjalankan kelas pada hari minggu sahaja memandangkan jumlah pelajar di sana sangat kecil. Jadi, buat apa nak bandingkan epal dengan durian? Sangat tidak adil bukan?

Brazil. Ya, pendidikan mereka percuma, tetapi, nah, ambil ni:

"Brazil is known for charging a high tax burden from its citizens and companies established. We will provide an overview of the most common taxes in Brazil, dividing them into Federal, State and Municipal taxes."

Kenyataan di atas ialah datang daripada orang Brazil sendiri. (sumber: http://thebrazilbusiness.com/article/the-16-most-common-brazilian-taxes)

Mari-mari menjelajah negara nombor satu dalam sukan bola sepak ini. Lagi artikel yang merungut mengenai hidup di Brazil yang sangat tinggi dengan cukai. Mereka memberi tajuk kepada artikel ini dengan ayat ini:

" Everyday taxes in Brazil: IPVA, IPTU and IPTR!"
(sumber : http://thebrazilbusiness.com/article/everyday-taxes-in-brazil-ipva-iptu-and-iptr)
Bandingkan dengan negara kaya pula? Berapa kerat negara kaya yang ada sistem pendidikan percuma? Denmark? Kadar cukai di negara berkenaan merupakan yang paling tinggi di dunia. Nampak kana da benda yang perlu dibayar?

Turki? Sistem pendidikan negara kita tak ubah macam negara mereka.Turki hanya menawarkan pendidikan percuma pada peringkat sekolah rendah dan menengah daripada gred 1 sehinggalah 12. Serupa dengan negara kita, pendidikan percuma di Malaysia ditawarkan daripada darjah satu sehinggalah ke tingkatan 6 sebenarnya.

Finland? Saya dah cakap, jangan buat perbandingan epal dan durian. Kita buat sedikit analisis pasal negara Finland. Finland mempunyai 169, 000 orang pelajar dan Malaysia mempunyai 508,256 pelajar yang belajar di IPTA (IPTA sahaja, tidak termasuk IPTS lagi). Malaysia sebenarnya memberikan subsidi sebanyak 95 % daripada yuran pengajian sebenar di IPTA. Pelajar hanya membayar 5 % sahaja. Cukai pendapatan di Finland mencecah 50 peratus ke atas manakala Malaysia hanyalah mencecah 26 peratus maksimun. Dan, kenapa tergamak kalian bandingkan epal dan durian?

Negara-negara yang dibangkitkan oleh Bawini sebenarnya kaya dengan inflasi. Ambil contoh Argentina sudah cukup. 38 peratus inflasi untuk 2 tahun kebelakangan ini. Barang naik sikit kat Malaysia pun dah bising, dan hanya kerana pendidikan percuma, apakah sudah bersedia rakyat Malaysia untuk menghadapi cukai yang tinggi? Ini hanya pandangan peribadi saya. Kalau ada apa yang salah, atau anda ada cadangan yang lain, sama-samalah kita kongsikan. 


Panjang entry kali ni. haha

::

p/s: penah lantang bersuara seperti Bawani, masa meeting selepas election majlis tertinggi SISDA di UiTM Merbok, Kedah.

2 comments:

  1. lagi2 nak dekat nak PRU13, itu yang lebih hyped-up.

    bagi aku sama ada bawani tu mahupun saripah sama je . 2x5 tahap mangkuk ayunnya.

    Bawani: kept pushing for something that is clearly not in line with the topic that's being discussed there, and she too is emotional. given the fact that she's a stout supporter for the oppo, her sentiments and actions are "justified" to the ...oppo.

    Saripah: naik antu, mungkin tengah PMS. and jenis pantang budak melawan cakap dia (aku rasa ni penyakit mak-mak lah Hilmi, sebab aku sebagai mak pun selalu menggunakan ayat ni kat anak aku, and what is interesting whenever i use that tone and phrase similar like saripah ni, anak aku akan diam dan dengar ...untuk seketika waktu. hehehe). the only 'crime' si saripah ni, sbb dia jawab merapu ke masalah2 haiwan sedunia - sepatutnya kalau dia tak tau nak jawab, respect dan kasi lah PR skit, "oh ada panel yang boleh jawab isu ni? kita kasik 5 min je" etc.

    apa2pun konsepnya: leh jadik popular kalau masuk bab politik dan apa saja yang human interest ditambah dengan sokongan utube - videos viral dan walla. fame is yours. takyah susah2 nak kuar tv . hehehe

    ReplyDelete
  2. Kann Patutnya si sharipah tu jawab secara profesional, betul cakap ko, maybe dia emosional sikit bila sebut pasal Ambiga tu..mcam2 versi ada, ada kata bawani tu time org suruh tanya soalan tak nak jawab, time org dah nak abis baru nak tanya..! huh

    ReplyDelete