[ U FOLLOW ME..]

Tuesday, August 28, 2012

[ KDS1M - KAD DISKAUN SISWA 1MALAYSIA ]


::



Mmmmm tiba-tiba muncul satu lagi 'effort' daripada kerajaan apabila cuba memperkenalkan KAD DISKAUN SISWA 1MALAYSIA- KDS1M kepada semua pelajar IPT dan IPTS di Malaysia.

Kalau ada yang mulut jahat tu mesti cakap ni 'gula-gula' baru untuk student IPT sblm Pilihan Raya Umum nanti. Maklumlah puak yang satu lagi tu sama hebat jugak menabur janji manis, bulan bintang dan mcm-mcm benda kat student IPT. Pasal PTPTN sbg contoh. Tak kurang, ada gak menawarkan pembelian kereta tanpa tax.! Memang kalau nak ikutkan tawaran tu menarikkk sangat, tp mampu ke semua 'Janji Ditepati' ? hihi

Aku selaku one of students IPT yang 'masih' lagi student ni tentunya menadah tangan sebesar Stadium Bukit Jalil untuk terima semua benda yang menarik ni. Macam Voucher Student 1Malaysia sebelum ni.. tp dah abis selamat beli alattulis dan buku-buku cerita adik aku. Aku? Beli pen je..!


SEDIKIT FAKTA KDS1M

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M). Pelancaran kad KDS1M itu adalah idea mahasiswa sendiri menerusi Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK).

Ia dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 1.5 juta pelajar IPT awam dan swasta seluruh negara.

Setakat ini 51 syarikat sudah menyertai KDS1M yang menawarkan potongan harga antara 5-60 peratus bagi pembelian buku, alat tulis, pakaian, makanan, produk IT, penginapan dan kesihatan.

KELEBIHAN KDS1M

1. Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) bakal mendapat diskaun sehingga 60 peratus untuk pelbagai produk menerusi Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) berkenaan.
2. Membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.
3. Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) juga akan diberi kepada pelajar sarjana dan doktor falsafah.

INFO MAKLUMAT KAD DISKAUN 1MALAYSIA (KDS1M)

1. Bagi mendapatkan diskaun pembelian, pelajar hanya perlu menunjukkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) bersama kad pengenalan sahaja.

2. KDS1M diberi secara percuma dan diskaun kepada pelajar-pelajar IPT warganegara Malaysia yang mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas.

3. Kad diskaun ini akan diedarkan kepada pelajar pada September 2012.

4. Tidak banyak syarat dan tidak perlu cara membuat permohonan kerana secara automatik maklumat pelajar disalurkan IPT kepada kementerian.

5. Kad diskaun siswa 1Malaysia ini akan diedarkan melalui IPT masing-masing.

6.Turut diberikan kepada penuntut institut latihan perguruan (IPG), politeknik, Maktab Kerjasama Malaysia dan Institut Latihan Perindustrian.

7.Kerajaan juga bercadang memperluaskan kad diskaun itu kepada pelajar asing di negara ini.

p/s:: Banyak plak singkatan perkataan dan tanda '  ' hihi ;p

3 comments:

  1. "menadah tangan sebesar stadium nasional je...?" hihi...alhamdulillah pucuk dicita ulam mendatang, tapi awat sampai kena daftar sem baru, baru dapat...buat je lah macam baucer buku rm200 tu dulu, ni mcm org2 kes special mcm i, nak tgu lewat skit baru lah dapat bayar sem baru....(kut) itupun kalau kena bayar lah...nak jugak enjoy benda ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. jd la besar stadium pon, bkn excited sgt..kot ada discount beli umah ke keta ke br la menarikkkkk...hihi..aku rsa xyh tggu daftar..as long as masih status student leh g ambik kad tu kt fakulti bila bukak sem nnti.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete