[ U FOLLOW ME..]

Tuesday, August 28, 2012

[ KDS1M - KAD DISKAUN SISWA 1MALAYSIA ]


::



Mmmmm tiba-tiba muncul satu lagi 'effort' daripada kerajaan apabila cuba memperkenalkan KAD DISKAUN SISWA 1MALAYSIA- KDS1M kepada semua pelajar IPT dan IPTS di Malaysia.

Kalau ada yang mulut jahat tu mesti cakap ni 'gula-gula' baru untuk student IPT sblm Pilihan Raya Umum nanti. Maklumlah puak yang satu lagi tu sama hebat jugak menabur janji manis, bulan bintang dan mcm-mcm benda kat student IPT. Pasal PTPTN sbg contoh. Tak kurang, ada gak menawarkan pembelian kereta tanpa tax.! Memang kalau nak ikutkan tawaran tu menarikkk sangat, tp mampu ke semua 'Janji Ditepati' ? hihi

Aku selaku one of students IPT yang 'masih' lagi student ni tentunya menadah tangan sebesar Stadium Bukit Jalil untuk terima semua benda yang menarik ni. Macam Voucher Student 1Malaysia sebelum ni.. tp dah abis selamat beli alattulis dan buku-buku cerita adik aku. Aku? Beli pen je..!


SEDIKIT FAKTA KDS1M

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M). Pelancaran kad KDS1M itu adalah idea mahasiswa sendiri menerusi Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK).

Ia dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 1.5 juta pelajar IPT awam dan swasta seluruh negara.

Setakat ini 51 syarikat sudah menyertai KDS1M yang menawarkan potongan harga antara 5-60 peratus bagi pembelian buku, alat tulis, pakaian, makanan, produk IT, penginapan dan kesihatan.

KELEBIHAN KDS1M

1. Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) bakal mendapat diskaun sehingga 60 peratus untuk pelbagai produk menerusi Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) berkenaan.
2. Membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.
3. Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) juga akan diberi kepada pelajar sarjana dan doktor falsafah.

INFO MAKLUMAT KAD DISKAUN 1MALAYSIA (KDS1M)

1. Bagi mendapatkan diskaun pembelian, pelajar hanya perlu menunjukkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) bersama kad pengenalan sahaja.

2. KDS1M diberi secara percuma dan diskaun kepada pelajar-pelajar IPT warganegara Malaysia yang mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas.

3. Kad diskaun ini akan diedarkan kepada pelajar pada September 2012.

4. Tidak banyak syarat dan tidak perlu cara membuat permohonan kerana secara automatik maklumat pelajar disalurkan IPT kepada kementerian.

5. Kad diskaun siswa 1Malaysia ini akan diedarkan melalui IPT masing-masing.

6.Turut diberikan kepada penuntut institut latihan perguruan (IPG), politeknik, Maktab Kerjasama Malaysia dan Institut Latihan Perindustrian.

7.Kerajaan juga bercadang memperluaskan kad diskaun itu kepada pelajar asing di negara ini.

p/s:: Banyak plak singkatan perkataan dan tanda '  ' hihi ;p

Saturday, August 25, 2012

[ nasi ]

::

Ha ni la nasi goreng tomyam yang sedap sangat tu yang aku xdpt makan mlm kelmarin sbb ramai sangat orang.

Nasi goreng tomyam ni yg terbaik pernah makan. Pernah try tempat lain. Tapi ini lagi sedap. Ditambah dengan sambal belacan dia lagi la sedap. Telan air liur aku dibuatnya.

Dapatkan nasi goreng tomyam ni di kedai Abe Tomyam di Sri Damansara, berhadapan CIMB Bank Sri Damansara. Harga berpatutan. Mari mari mari..! Hihi

::

Friday, August 24, 2012

[ malunya..! ]


::

Lupa plak nk cerita.. malam semalam selepas status aku kt FB tu, aku terus g Mc Donald area umah aku. Dah nama makanan segera kan, kompom la segera dapat makanannya berbanding restoran-restoran Tom Yam yang mana musim2 raya ni masih banyak yang tutup. 

Apa tak nya, salah satu kedai yang aku pi malam tadi, si waiter dia tu sblm ambik order makanan aku, siap tanya aku.. 
''Abang, takpe ke kalau order nak kena tunggu lama..?"
"Dah kenapa ? " tanya aku.
 "Sekarang ni waiting order dok ada 15 order tak masuk yang bungkus lagi tu.." 
Speaking LONDON uolss..Terdiam gak la aku dalam 10 saat, bukan sbb dia cakap LONDON, tp dok pikir nak tunggu ke tak. Nasi Goreng Tomyam makcik ni memang terbaek ni, aku plak memang dah lapar sangat, sanggup ke tunggu? kang tak pasai roboh plak bumbung kedai makcik ni kalau dah lambat sangat.

"Takpe la bang, makan tempat lain la.." sambil berlalu hampa..katakau..! 


Sampai Mcd, aku tgk ok la tak ramai..aku pon berbaris. Sblm ni dah makan dah McD ni masa bukak posa sblm blk kampung beraya aritu..Aku makan GCB..yang jarang dok ada kat Mcd tu..

Disebabkan aku ni cepat naik marah, aku memang bengang giler dengan pengambik order dia yang lembab disebabkan lemah lembut, sopan santunnye kalau mak mertua tengok memang nak buat menantu la, confirm! Cukup sifatnya kalau nk masuk meminang! huh. 

Pastu ditambah plak dengan sorang customer depan aku tu yang memang tak bleh blah. Aku ingat budak laki yang dok belakang dia tu customer lain, rupanya boyfriend dia. Bila awek ko tanya nak makan apa..ko dgn slamber jawab tak nak makan.. Dah tu? kenapa ko nk berbaris jugek?? Tak paham aku.

Awek tu plk memang tambah naik darah aku bila dia kena bayar RM15.45 terhegeh-hegeh dengan beg LV dia. Ntah yg fake punya ke ori tak tau la plak aku. Dalam beg LV dia tu ada wallet plak, sekeping-sekeping dia keluarkan duit kertas dia. Aku ingat dah settle dah, pastu nk bayar 45 sen plak, kena kluarkan beg duit lain plak. Ada beg syiling puleeek..

Terhegeh-hegeh dok godek beg LV dia cari beg syiling dia..Adoiii.. Perlu ke??

Disebabkan aku bengang, aku pun buat muka la kat awek tu, apa lagi. Tiba turn aku, aku dengan selambanye mengorder..
" Saya nak GCB Beef satu.."
Tetiba mamat Mcd tu dengan awek yg tgh tunggu order GCB dia kat sebelah aku tercengang-bangang tgk aku. Ada la dalam 5 seconds diaorang tercengang.

Laa tp dah kenapa? 
"Bang.. GCB tu 'Grilled Chicken Burger', so sah2 la takde kategori 'beef'..''  
"Oooooo kalu camtu bagi saya GCB ayam je la.."
Ayat tak nak kalah.
Konon-konon 'GCB beef' dah abis.. sambil belek-belek wallet sbb malu gile kot..
Tadi beriya buat muka bagai..sekali mintak GCB beef???!!!! Apakaaaaaah????
MALU GILE WEI.
Rasa macam nak balik je terus..! 

Lepas order sampai je..terus aku cari port tersorok yang dekat-dekat tempat basuh tangan tu..! Tapi tergelak jugak aku sorang-sorang, sambil makan GCB ayam aku hahahahahaha

 

Aku nak sangat makan GCB Beef sbb aritu makan GCB ayam tak sedap sangat.. haihh..!


p/s:: GCB tu = GEMOK, Chubby, Besar.. so tok sah la hangpa pi beli ;p



[ 29 Febuari ]

::

Filem wajib tonton untuk bulan ni.

KRU Studios sekali lagi meneruskan tradisi untuk memberikan kelainan kepada peminat industri perfileman tempatan dengan filem Stereoscopic 3D (S3D) pertama Malaysia berjudul '29 Februari'. So nanti boleh la pakai spec mata sambil tgk citer ni walaupun takde la banyak aksi, tapi kata Edry nak bagi kita peluang rasa dari segi emosi. 3D yang ditampilkan adalah melibatkan emosi.

Ada beberapa scenes yang kita tgk 'diteknologi'kan di mana Remy ada masa diumumkan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! dan Remy bersalaman dengan Tun Dr Mahathir pada zaman2 Tun muda-muda dulu..

Filem in bergenre 'biografi fantasi' katanya menelan belanja sebanyak 3.5juta ringgit dan telah diarahkan oleh pemenang Pengarah Harapan FFM23, Edry Abdul Halim. Berbakat gak dia kan. Dulu menang dalam Filem MAGIKA.

Katanya keistimewaan filem ini bukan hanya terletak kepada lakonan mantap para pelakon, teknologi S3D serta CGI semata-mata tetapi skor muzik, penataan bunyi serta muzik asal yang dinyanyikan oleh para pelakon sendiri.

Yang bestnya Hero Malaya Remy Ishak pon dah mula menanyanyi. Haih dulu penyanyi jadi pelakon, sekarang ni pelakon plak jadi penyanyi. Ye la jimat kos. Tapi aku confirm punya mesti ada mesin campur tangan bagi suara dia sedap. hihi. Lagu yang dinyanyikan Remy adalah seperti 'Kelip-Kelip', 'Jagalah Diri' dan 'Seperti Dulu'.





Sinopsis Filem 29 Februari.

Mengisahkan kehidupan Budi yang dilahirkan pada tahun lompat 29 Februari 1896 dan hanya di makan usia 4 tahun sekali. Keadaan fizikalnya yang kelihatan terbantut menyebabkan masyarakat menganggap 'kecacatan' itu sebagai suatu sumpahan, sedangkan ianya suatu anugerah kepada Budi untuk melalui era transformasi Tanah Melayu, Malaya dan akhirnya Malaysia yang bebas merdeka.

Masa seolah tidak berganjak buat Budi, dan akibatnya dia sentiasa kehilangan orang yang tersayang. Beliau diasuh di sebuah rumah bakti bersama sahabat baiknya Razak, yang cacat penglihatan. Budi melalui perjalanan hidup berlatarbelakangkan detik-detik bersejarah Negara dan mula mengenali erti kebahagiaan apabila berkenalan dengan Lily.






::

p/s:: Pernah tersalah potong rambut macam BUDI..hihi



Thursday, August 23, 2012

[ Ouch.. Charlie ]

::

All time faveret baby show on Youtube.

Cute!


473,459,001 viewers..!
::

[ iklan ]


::

Dulu masa zaman belajar kat UPM, ambik broadcasting..dalam hati bercita-cita bila dah bergraduat..nak buat iklan tv. Aku nk jadi penyumbang idea, director dan penjaga kepada sinematografi iklan yang aku nk buat. Ye la, aku ni sibuk rasa diri sendiri tu bagus dan mampu keluarkan idea yang bernas. Tapi basicly idea aku tu mesti sesuatu yang sentimetal, pengajaran dan perlu berfikir. 

Dah tentulah idola aku dalam membuat iklan ni Arwah Yasmin Ahmad. Dia ni hebat sangat-sangat aku rasa. Idea dia memang superb. Walaupun asyik guna statik kamera, tapi maksud dan iklan dia meninggalkan kesan. Setiap kali puasa ke raya ke, raya cina ke, raya india ke, merdeka ke, mesti nak tunggu iklan dia kluar kt tv. 

Semenjak dia dah takde ni, iklan tv dah tak menarik perhatian untuk ditunggu-tunggu. Sbb biasanya iklan yang keluar biasa-biasa je, walaupun daripada cuba sehabis baik buat ia nampak menarik. Tapi kalau nak diikutkan, iklan sekarang pon ada ambik sikit2 elemen yang ditonjolkan Yasmin Ahmad sebelum2 ni.

Tapi dah Yasmin Ahmad tak ada aku sangat menanti-nantikan iklan yang dibuat oleh Khabir Bahtiar dengan penulisan skrip Mira Mustaffa! Tak pun aku suka jugak karya Eirma Fatima. Plss boleh tak korang buat iklan satu..buatla iklan plss. Idea2 korang best-best jugak. Angle dan sinematografi korang pon cun hapa. 

Bila ?



Ni salah satu iklan Thailand yang menarik aku rasa..

::


p/s:: Pernah berangan nak belakon iklan arahan Yasmin Ahmad, Khabir Bahtiar dan Eirma Fatima hihi

Wednesday, August 22, 2012

[ UFO kertas ]

::

Malam tadi malam terakhir beraya kat kg untuk tahun ni. Ok lah dapat gak beraya sbb kalu ikut jadual kalau bekerja dengan company lama, tahun ni xberaya la, kalau dapat pon, raya keempat pun aku tak beraya lagi nih.

Kalu citer pasal raya, masa kecik2 best la, dapat duit raya, baju raya baru dan dapat main bunga api dan mercun! Dulu bapak aku selalu beli bunga api pelbagai jenis dengan banyaknya. Walaupun aku rasa, time tu, kami adik beradik tak penah mintak pon suruh beli. hihi sweet kan bapak aku? Tak tau la kot kakak-kakak aku ada mintak. 

Yang bestnya setiap kali beli semua tu, bapak aku mesti letak kat atas almari baju yang panjang tu..(sampai sekarang ada lagi). Aku rasa dia letak atas almari sbb almari tu tinggi kot, so kami kecik2 ni sure tak leh nak ambik. Dan setiap kali dia beli dia tak penah bagitau pun kat kitaorang. Seingat aku la, versi kakak-kakak aku xtau la kan...

Disebabkan dah tiap2 tahun dia beli dia mesti letak atas almari tu, kami adik beradik selalu la buat spot check! Dah beli ke belum. Ambik kerusi, berdiri dan raba-raba atas almari, ada ke tak. Bila check dah ada bunga api tu, apa lagi pasang pelita, cucuh bunga api sambil pusing-pusingkan bunga api nyanyi lagu raya..''selamat hari raya, hari untuk bersuka ria''. Klasik sangat kan.....hihi

Tak kurang, bunga api dibuat macam larian obor Olimpik, pusing keliling kampung. Agak2 nak abis berenti jap, cucuh bunga api lain yang siap2 dia bawak masa lari pusing-pusing kampung. Agak-agak nak abis, kena lari laju sikit balik ke rumah. Ada jugak versi campak atas pokok, tu kira abis syok la tu, tengok bunga api bernyala-nyala atas pokok manggis. Hahaha adoi..



Yang nak dicerita ni bukan la pasal bunga api atau mercun, tapi pasal UFO KERTAS. Korang penah main UFO kertas ni tak? Aku rasa semua penah main. Sapa punya idea asal pun aku tak tau la, sbb biasanya permainan yang biasa dimainkan di negeri aku atau di sekolah aku, mesti penah dimain kat sekolah lain hatta sekolah nun di Johor. Sebagai contoh, main lawan pemadam-tindih2 pemadan~kalau menang dapat pemadam, main bola sepak kertas, main curi tiang kat koridor sekolah dan macam2 lagi la. Yang pelik tu, sapa pun tak tau, idea asalnya daripada sapa..Unik.

Berbalik kepada UFO tu, pada sapa yang tak penah main, boleh la tnya kengkawan yang penah main. Aku baru je turunkan ilmu main UFO tu kat adik aku si RAFIQAH yang darjah 4 tu dan juga anak2 sedara aku yang kelihatan enjoyed sgt main UFO kertas malam tadi, terutamanya si Aqil gigi rongak tu, yg aku rasa dia xpaham menda pon.

Kisahnya bermula sbb aku kesian dgn diaorang sbb bunga api yang diaorang main malam semalam dah abis. Pulak tu bunga api nye sikit je ada, kira permainan bunga api malam tadi abis awal la. Padahal malam kelmarinnya bukan main berpesta bunga api dgn mercun roket bagai..siap ayah aku pun join. Itupun hasil seludup abg-abg ipar aku daripada rumah masing-masing. Ye la, selalunya budak laki yang rajin beli benda-benda ni, geng2 rumah aku ni semua pompuan kecuali aku kan. Sorry la aku nk beli, membakor duit je...peace..! hahahaha

Sbb kesian takde benda nk main, aku cadangkan main UFO tu la. Punya la excited nk cuba..UFO kertas ni basicly, dibuat guna suratkhabar yang besar tu (bukan akhbar kompak macam METRO tu). Setiap bucu dicantumkan ditengah2 dan diterbalikkan. Pastu setiap bucu dibakar serentak. Bila terbakar, gas akibat pembakaran tu menyebabkan kertas naik ke atas macam belon udara. Bezanya kertas ni terbakar menjadi hitam dan muncul bara api kemerahan macam LED yang menyerupai UFO. 

Tapi malam tadi yang aku geram, budak-budak ni tak paham bahasa, orang cakap kalu nak bakar 4 bucu UFO tu, kena bakor serentak. Diaorang tetap ada yang bakar dulu la, bakar lambat la, xbakar bucu masing-masing la, dan paling hampeh time UFO tu nak terbang ada plak pegi kipas benda alas tu kuat2 menyebabkan UFO terbakar cepat dan tak terbang.

Last-last daripada berpuluh2 UFO yang dibakar, tiga je menjadi. Time tu bukan main seronok la budak-budak tu. Sekurang-kurangnya ada gak la benda tuk berhibur. Haha berpeluh-peluh gak aku dibuatnya. Yang bestnya kakak-kakak and adik aku si Hawa pun join gak tu. Siap ada juri profesional (bapak aku) menilai UFO sapa yang terbaik boleh terbang tinggi..! Tp malangnya, UFO rekaan diaorang tak naik2 hahahaha.

Plus bapak aku pun nak join gak..pas tengok UFO kitaorang tak naik-naik. Tp UFO bapak aku ni lagi pelik, dan yang pastinya tak naik-naik jugak hahaha

Walaubagaimana pun, takde plak gambar nk dikongsi. Mencari jugak di GOOGLE, kot2 ada contoh pic ke apa ke, takde la plk. Tp benda UFO tu dipanggil aku rasa sbb kesan terbakar dan terbangnya kertas tu bersama-sama bara api yang persis lampu LED kaler merah berkelip-kelip, sebelum jadi abu tu kot. Memang cantik la main malam-malan. Nanti ada masa, aku update pic lakaran UFO kertas ni. Jom la cuba main!

::

p/s:: Main api memang la best, sebab api sinonim dgn syaitan yang melalaikan.


Thursday, August 16, 2012

[ PATAH 1000 ]

::

Semenjak BLOG leh upload Youtube ni, suka plak aku nk mengupload macam-macam klips.

Kali ni nak ajak layan citer PATAH SERIBU lakonan Sharnaaz Ahmad n Shila Amzah.
Not bad la lakonan Shila. 
Walaupun story line citer ni maybe predictable, tapi skrip dia nice la, sempoi.
Pelakon dia sampaikan skrip pun dengan baik. Tak la skema jawapan sangat.

And of courese pasangan hero dan heroin citer ni memang sangatla padan, sweettttt sangat ~mata pandang ke atas, tangan kat bahu. ^-^

Jangan risau bukan jelespun, sukaaaaa.

Jom layan....



p/s:: orang kalau patah hati memang la patah 1000 ;(

[ Kerana Top Up ]

::

Haha.. bosan la wei..


Cakap pasal top-up, teringat zaman Universiti dulu..masa diploma..nak topup kena ada RM60 hinggit. Mahal nak mati, walaupun time tu pakai hp Nokia 3310 je. Itu kira paling canggih la, sbb boleh main game ular! haha 

Budak zaman sekarang ni lain la, zaman sekolah diaorang iPhone dah kluar dah boleh pakai iPhone walaupun sekolah rendah..Adehh..aku dah keja baru leh pakai. Tu pun pikir banyak kali nak pakai ke tak..?


::

p/s: pernah share top up, dan call guna format 2 seconds nak jimat top up.

[ short term memory lost ]


::

Aku ni dah memang terkenal dengan sifat seorang yang pelupa.
Baru je terima crown Pelupa.
Kalu tak hilang, terlupa letak mana.
Id card, kunci keta, kunci rumah, handphone, wallet dan macam-macam benda aku lupa. 
Semua benda aku nak lupa. Nak kata banyak makan semut tu aku rasa tak jugak

Mungkin kurang membaca al-Quran kot. ~mmm insaf sekejap.

Kalu nak dibandingkan daripada masa sekolah-sekolah dulu, dan masa belajar kat universiti dulu, aku takde la teruk sangat macam sekarang ni. Cuma dulu kekadang je lupa nk buat kerja sekolah dan assignment.. selalunya cara mudah nak elak daripada sifat tu, aku cakap je terus terang kat cikgu, aku terlupa. Ataupun nak senang ponteng kelas je. Simple. haha

Yang pasti sekarang ni, setiap kali aku nak letak sesuatu barang tu, aku mesti akan terdetik dalam hati..

''ishh kalau aku letak sini, sure aku akan lupa ni...'' 

tapi maintain letak jugak, dengan harapan boleh ingat la..
Dan kebiasaannya memanglah aku akan lupa jugak..
Tu aku kira dah tahap serius la tu, sbb sendiri dah ingatkan, sendiri buat, sendiri lupa!

Dan arini aku terpikir untuk cari dalam Google apa lah doa untuk ingatkan semula barang yang aku lupa letak tang mana. Dan aku dah terjumpa pun. Ada dalam jawi ada dalam bahasa rumi. Aku rasa rumi or bahasa pun ok, Allah tu Maha Agung Maha Memahami.

DOA MENCARI BARANG HILANG

"Ya Allah Tuhan dari sesuatu yang hilang, Ya Tuhan yang memberikan petunjuk dari kesesatan, kembalikanlah barangku yang hilang."

"Maha Suci Tuhan Allah zat yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai (lupa) wahai Tuhan, ingatkanlah aku apa yang aku lalai(lupa)"

“ Ya Jami’an Naasi li yaumil la raiba fihi, ijma’ alayya dhollati”
“ Wahai Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya,himpunkanlah aku dengan barang aku yang hilang itu.” 



p/s:: Selalunya bile tengah misi mencari sesuatu yang hilang, time tu la misi ke tandas nak menyibuk.



Wednesday, August 15, 2012

[ Bukan Free ]

::


Udara dihirup,
Bumi dilenjan,
Langit ditongkah,

Sempurna layaknya.

Malaikat kecil gembira,
Senyuman mengukir,
Kasih sayang dikongsi,

Bukan percuma. 

Denai jadi laluan,
Melangit cakaran mata dunia, 
Nilai kini jadi bernilai,

Juga tidak percuma 

Maka damai hari ini bukan mainan,
Makmurnya ras bukan taruhan,
Tangisan telah diganti bahagia,
Semua agenda,
Tidak pula percuma.

Dan hari ini,
Hidup kita perlu dimengerti,
Bumi subur dah mewah perlu ditimbal bakti,
Tanah didakap mahu di sayangi,

Moga jalan kita seiring, 
Merdeka kita dibangga,
Kerana semua hari ini 
Bukan hadir percuma.

Selamat Ulangtahun Kemerdekaan Ke 55


::





Friday, August 10, 2012

[ 10 terakhir Ramadan ]

::

MOOD KUDUS~

Bersempena dengan 10 terakhir Ramadan ni, apalah salahnya aku berkongsi sebuah Khutbah Jumaat yang aku dengar sebentar tadi.

Bismillahhirrahmanirrahim..

Menurut Khatib yang membaca Khutbah tu tadi, aku tak tau la nama Khatib tu kan.Tak sempat nak bersalam-salaman dan berkenalan mahupun bertukar-tukar id FB pun. Tapi aku sure dia memang ada FB punya. Ye la mungkin dengan FB, tok iman tu menyampaikan dakwah dia kan. Ok apa, ikut peredaran zaman. Betul la org cakap ISLAM tu sesuai di sepanjang zaman.

Khatib sembahyang Jumaat tadi ada sebut,
"Barang siapa yang tidak mendapat sebarang kebaikan daripada Ramadan, maka org itu diharamkan oleh Allah daripada mendapat  kebaikan selepasnya."
Na'uzibillah..
Mintak dijauhkanlah. Mungkin maksudnya ayat itu terlalu dalam untuk ditaksfikan, tapi yang penting kita perlu merebut peluang untuk buat kebaikan terutamanya di 10 hari terakhir ni.

10 hari terakhir ni dikatakan akan wujud dua golongan iaitu yang gembira Ramadan berakhir dan satu lain sure la yang bersedih memikirkan Ramadan akan berlalu. Dan kena tunggu setahun lagi la plak untuk jumpa lagi. So agak-agak korang golongan mana??

Aku? 
Aku sendiri pun tak pasti aku di golongan yang mana.

Orang yang gembira tu kata khatib sbb kebebasan utk dia makan dan minum sebelum ni akan berakhir, tu sbb dia suka, dan dia nak raya la..apa lagi.

Kalau kita tengok pon, kalau sembahyang terawikh awal-awal Ramadan tu, saf kat masjid panjang dan berlapis-lapis. Tp dah dekat-dekat nak raya atau 10 malam terakhir tu saf semakin pendek dan tak berlapis dah. Sepatutnya malam-malam terakhir ni la lagi ramai kan, sebab lagi banyak perlu dikejar sebelum tamat. Tapi tu la aku pun tak tau kenapa aku tak jugak berlumba-lumba seperti yang disarankan khatib tu. Maybe aku dan orang lain tu tak peka dan sibuk nk buat persiapan sambut raya kot. Sapa yang tak syiok sambut raya iye dok?

Mmmm MasyaAllah... Tapi tu la, Nabi sendiri katanya pada 10 terakhir Ramadan akan meminggirkan isterinya demi memberi fokus kepada ibadah dan tahajjudnya selain mengejar malam Lailaturqadar..!  Dasyat.

Masa sekolah-sekolah dulu, memang citer Lailaturqadar ni adalah cerita yang paling best waktu Ramadan. Ustaz dan Ustazah asyik bercerita je. Bila pikir semua doa akan dimakbulkan pada malam itu, aku dgn kawan-kawan aku mula la terfikir macam nak mintak  kat Allah. Hihi tau la kan masa tu akal pun pendek..so permintaan pon melalut-lalut la nak basikal la, nak kaya la, nak itu la nak ini la. Aku jugak pernah terfikir nak mintak Allah hidupkan mak aku yang dah meninggal dunia tu. ;p

Antara citer yang pernah diceritakan, seingat aku, kisah seorang hamba Allah ni yang mencari malam Lailatulqadar. Dia ni pergi la ke surau untuk sembahyang tengah malam. Masa dia tengah nak ambil wuduq, dia tak tau nk letak kat mana lebai yang dia pakai. Sekali dia tengok, ada satu pokok kelapa bersebelahan dia tumbuh rendang, so dia letak kat atas pokok tu dan dia pun berwuduq. Pas selesai je, dia cari pokok kelapa tu balik yang  tetiba dah takde, kopiah dia pun dah takde. Cari punya cari rupanya kopiah dia tu tetiba ada kat pokok kelapa yang tinggi. Dia pelik la.

Rupa-rupanya ketika dia berwuduq tu, berlakunya Malam LailatulQadar. Difahamkan masa kejadia Lailatulqadar, seluruh Malaikat akan turun dari langit ke bumi pada malam tersebut dan semua pohon-pohon tunduk sujud. Ketika kopiah tu diletakkan, pokok kelapa tu tengah bersujud rupanya. Mmm itu lah cerita yang aku ingat sampai sekarang kalau sebut pasal Lailatuqadar ni.

Masa 10 malam terakhir masa aku dok asrama dulu-dulu, penah la jugak aku terjaga dr tidor tengah-tengah malam, aku cuba jenguk ke luar tingkap, kot kot dapat tengok kejadian macam tu. hihi Tp ternyata aku bukan insan terpilih, yang dapat lihat semua tu. Cuma aku berpeluang lihat dan tahu Lailatulqadar tu berlaku, adalah pada hari esoknya, waktu nak pergi sekolah. Cuaca pagi selepas malam Lalitulqadar tu akan berbeza, cuacanya akan lebih redup, disebabkan ketika tu Malaikat-Malaikat yang turun ke bumi sedang menuju ke langit semula. Maka biasaan cahaya matahari terhalang, dan fenomena tu terjadi. Subhanallah.







Yang pasti Khatib tu jugak berpesan, pastikan selepas Ramadan, ada perubahan baik berlaku pada diri kita. Sebagai contoh;

Kalau dulu sembahyang tak cukup lima waktu, sekarang dah cukup dan tak akan tinggal.
Kalau dulu tak sembahyang sunat, sekarang rajin sembahyang sunat.
Kalau dulu tak pernah baca Quran, sekarang suka baca.
Dulu suka marah, sekarang suka senyum.
Dulu suka menipu, sekarang dah tak suka menipu.
Kesimpulannya kalu dulu jahat, sekarang baik..so perubahan tu ada lah.

Macam Shila Amzah yang cute tu.
Dulu tak bertudung, sekarang masa ramadan dia dah bertudung.
Dulu cute, sekarang bertambah-tambahla cutenya haha. Alhamdulillah



::


p/s:: salah satu ciri-ciri calon isteri adalah bertudung dan tak perlu ada nama LAILA




[ benar BUNUH ]

::


Suami kepada Eksekutif Pentadbiran Berita TV9, Nur Syaleza Jaafar, akhirnya dituduh membunuh isterinya.

Aku rasa ramai sangat individu kat Malaysia ni teringin sangat nak tahu pasal kes kematian sahabat aku ni.
Ye la memang mengejutkan.

Jadi aku rasa tak lama lagi semua orang akan tahu jugak sebab kes kematian rakan aku, arwah Syaleza akan disebut semula 14 September ni di Mahkamah apabila pertuduhan telah pun di buat.

Sementara tunggu kes dibicarakan, tertuduh akan ditahan di Penjara Sungai Buluh, Selangor.

Maka ramalan orang ramai pasal si suami sanggup membunuh isteri sendiri semakin benar.
Namun sebab musabab dia bunuh hanya dia, Syaleza dan Allah je yang tahu.

Tapi tak mustahil anaknya yang berumur 2 tahun tu pun tahu.. ;(

Pernah aku mendedikasikan penulisan aku tentang Syaleza dalam entry aku [ sabarlah duhai hati :( ]  sebelum ini.





Suami Eksekutif Pentadbiran TV9 Didakwa Bunuh Isteri
PETALING JAYA: Suami eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9 Nur Syaleza Jaffar, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, atas pertuduhan membunuh isterinya itu, bulan lepas.
Tiada pengakuan direkodkan daripada Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 31, eksekutif bahagian teknologi maklumat syarikat gas dan minyak, ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.
Tertuduh yang memakai baju-T berkolar berwarna ungu mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah kepadanya.
Norazman Bashah, didakwa membunuh Syaleza, 31, di kediamannya di No.115, Tingkat 1 Blok O, Apartment Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, di antara jam 12 tengah hari hingga 7.30 malam, 28 Julai lepas.
Norazman Bashah yang diwakili peguam Shah Rizal Abdul Manan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 14 September untuk tarikh sebutan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi.
Akhbar sebelum ini melaporkan seorang eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9 ditemui mati di kediamannya di Damansara Damai. ~Ends


p/s:: syaitan dan 'syaitan' dipenjara dan digari dibulan Ramadan


::


[ syok sendiri la ]

::


Aku suka je tengok hasil usaha aku sendiri bila bab mengedit visual masa keja tempat lama dulu.
Paling best staff boleh berkreatif terutamanya masa edit visual Closing Berita.
Masing-masing kalau boleh nak tunjuk sapa lagi kreatif.
Ye la..dengan side effect sangat terhad, pastinya susah untuk 'bekarya'.
Tapi ada masa-masa malas tu..semua malas nak bekarya..
Semua tak nak edit kan.
Semua nak jadi TONG GAS kan.
Huh!

Ni antara yang aku suka, walaupun ada org cakap aku ni SYOK SENDIRI.
Sebab aku masukkan footage aku sendiri haha
Walaupun masa dia cakap tu aku ada la terasa sikit tp biarlah orang nak kata kan..

::



p/s:: tak boleh terima kritikan memang kena hidup dalam hutan sorang-sorang la



Wednesday, August 8, 2012

[ MANGGA ]

::

HARAM

Itu la hukumnya kalau kita mendedahkan aurat.
Mandatori. Tak boleh UBAH. kena IKUT.
Memang itu dah jelas lagi berspotlight la kan
Kalau sapa2 yang tak tahu tu, aku pun tak tahu nk cakap macam mana.

Tapi bab mengharamkan majalah MANGGA tu aku tak berapa pasti la pulak.
Ye la kan, bukan semua benda dalam tu benda yang haram.
Ada banyak part lain yang berunsur keagamaan dan pengajaran kepada pembaca.
Kalu nak ikutkan semua majalah kat Malaysia ni ada gambar individu yang tak tutup aurat.
Cuma banyak dan tak banyak je.
So boleh haramkan jugak ke majalah semua tu?

Pandangan aku yang tak menutup aurat tu la yang haram sebenarnya.

Terbaru dah ada kat FB, orang post gambar menunjukkan fatwa di KEDAH putuskan majalah MANGGA adalah HARAM.

Disebut di situ semua majalah yang menerbitkan individu yang tak menutup aurat adalah haram.
Cumanya kes keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah itu merujuk kepada majalah MANGGA.
Kalau dirujuk kepada majalah lain sekalipun aku rasa Majlis Fatwa akan cakap haram jugak.



Tapi untuk menjatuhkan sebuah majalah tu haram..aku rasa buku tu bukan macam majalah PLAYBOY. 
Yang totally tunjuk individu yang seksi melampau!

Tapi tu la kan, kalau aku nak bercakap pasal agama ni memang tak layak la kot.
So cara terbaik, aku rasa baik aku diam kan. 
Diam pulak bukan bererti kita ni tak bagus dalam agama ke apa, cuma lebih baik berdiam daripada bercakap tapi salah.
Tapi itulah tu, berdiam tu adalah selemah-lemah iman..~na'uzubillah

Yang best tu sebelum ni..muka aku penah jugakla kluar majalah MANGGA ni..
Tapi bukanlah gambar aku posing-posing seksi kat tepi kolam dan sebagainya lah. 

Sebaliknya cerita berkenaan adalah berkisar pemergian aku ke Tanah Suci buat UMRAH..
Ok la tu, citer baik la tu, xde la dedah aurat plak..



Even dalam majalah MANGGA tu.. tak la semua cerita berunsur seks mahupun gambar-gambar seksi dan sebagainya sahaja..
Tak tahu plk kenapa dibangkitkan isu MANGGA ni.
Tak paham.

Kata-kata aku ni bukanlah aku menyokong Majalah MANGGA mahupun menentang.
Memang diakui rakan baik aku bekerja di sana, namun pandangan aku bukanlah dipengaruhi oleh faktor itu ye.
Cuma masing masing ada pandangan tersendiri.

Apa pun tepuk dada tanya la iman ye, kalau dah rasa haram tak payah beli mahupun baca..habis cerita kan.
Kau pon tak berdosa kerana membeli sesuatu yang didakwa haram.


::

p/s; MANGGA memang la ada yang masam, ada jugak yang manis tak kurang yang busuk, so pandai-pandai la memilihnya.  ^-^


[ AKSI FILEM ]




.::REVIEW FILEM::.

Dalam seminggu ni aku berpeluang tengok dua movie, satu bayar sendiri satu lagi FREE.
Dan kedua-dua filem itu sangat la menarik dan aku amat berpuas ati.
Yang pasti bukanlah filem tempatan, tp Hollywood. Sedihkan :(

Tak kisahlahkan, mungkin sbb budget filem Malaysia belum sampai tahap Hollywood, 
tp aku rasa idea macam diaorang tu, kita dah kena ada, xleh la asyik nak buat filem cinta je..

Sebab kekadang cerita cinta korang tu buat orang kita hari ni berangan je, khayalan semua tu, halusinasi ! Buat org feeling2 dapat cinta macam tu.
Dalam filem boleh la..sbb tetiba ada insert lagu-lagu cinta merayu2 bagai buat kita feelling abis.. dan asyik ckp " Kalau la aku macam tu...''
mau kata KALAU, semua benda akan jadi jadi ''..KALAULAH..'' 

^-^

Alright,berbalik kepada movie yang aku nak citer tadi..
Filem yg aku tengok tu adalah TOTAL RECALL dan THE BOURNE LEGACY 2.

Dua-dua filem ini adalah filem aksi. Tembak menembak sure la ada kan. 
Satu lebih kepada dunia futuristik dan satu lagi pasal Sains Perubatan juga futuristik. 

Mula-mula memang susah nak paham la sbb tahap pengetahuan aku pun tak tinggi sangat kan.. 
Pastu diaorang pun guna istilah-istilah yang memang aku xpernah dgr kan.
Tapi actually bila dah tengok baru la faham, so kena datang tengok and enjoy je la

TOTAL RECALL




Filem TOTAL RECALL ni berkisar pada tahun 2084.
Aku suka filem ni aku suka sbb tak pernah plak aku terpikir nk tebuk teras bumi buat lif untuk pergi ke sebuah negara lain.

Lif ni dinamakan THE FALL..
Yang bestnya The Fall sampai je kat teras bumi akan ada pertukaran graviti..
so org dalam The Fall ni akan diterbalikkan sblm bergerak ke permukaan bumi yang lagi satu ni..
Perjalanan dia mengambil masa 17 minit je.. hebat dan kreatif kan idea diorang ni!!!

Ye la daripada nk naik kapal terbang yg nk kena check in check out bagai, 
The Fall kali ini menggunakan idea lalu ikut dalam tanah hihi.

Aku suka gile lakonan Kate Beckinsale (watak jahat) yang sangat lasak dan hebat watak dia, 
dan of course lakonan pelakon lelaki dia Colin Farrell pun sama hebat.

Dan paling suka scene aksi kereta terapung yang sangat futuristik akibat medan magnet dan sistem trafik yang berlapis-lapis.. idea idea idea. 
Kalau la keadaan macam filem ni wujud, aku rasa aku tak boleh hidup dengan aman kot, sbb aku ni GAYAT..!

Nak citer lebih-lebih kang entry jadi panjang.
So kalau nk tau jalan citer dia mcm mana, apa kata p tengok..xrugi pun.






Genre: Aksi Pengembaraan Fiksyen Sains

Tarikh Tayangan: 2 Ogos 2012

Pengedar: SONY PICTURES RELEASING INTERNATIONAL

Pengarah: Len Wiseman

Pelakon: Colin Farrell, Kate Beckinsale, Jessica Biel, Bill Nighy, Bryan Cranston





THE BOURNE LEGACY 2




Citer ni plak baru je ditayangkan arini kalau tak salah aku.
Aku berkesempatan tengok Pra Tonton dia malam tadi, bermaknanya aku dpt tgk awal skit la berbanding orang lain..
Tq to geng TV9, Aishah, Rudy, Nani and Kerol.

Mmm..memang mula2 tengok, aku tak faham dan agak boring la. Tak salah aku masuk lewat 5 minit.
Aku memang tak tau hujung pangkal citer ni n tak penah nak ambik tahu sebelum ni, so aku  takde gambaran.
terdetik gak rasa cam menyesal datang tengok.

Sehingga la aksi letupan pertama dalam filem tu baru buat aku jadi syiok..
Sound effect dia memang best gile and membuat aku terkejut la. ;p

Dan disebabkan aksi dia banyak mencemaskan, aku bertukar jadi mcm makcik-makcik tengok drama melayu..
Yang sibuk nak bagi komen, kenapa tak macam tu..jerit suruh lari..kenapa tak nyorok? patutnya begini la bukan behgitu? dan kenapa tak itu? kenapa tak ini dan sebagainya..hahahaha mak jemah sangat.

Salah satu plot cerita yang aku suka sangat adalah waktu semua pakar sains dalam filem ni sibuk bekerja..
Pastu salah seorang drp diaorang jadi psiko dan bunuh semua ahli sains yang dalam makmal tu termasuk diri sendiri kecuali heroin dia Lakonan Rachek Weisz sbg Dr Marta Shearling.
Dah kata heroin,memang tak mati la kan, kalau heroin mati apa cer..?
si MArta ni memang sangat la cantik..

sejak aksi letupan pertama tu, aksi-aksi selepas itu dalam filem ni berterusan menjadi lebih menarik dan buat aku teruja.

Kesimpulannya dua dua citer ni best dan aksi mereka real dan x wujud aksi tak lojik. So apa lagi p la tengok, still tak rugi




Genre: Filem Aksi 

Tarikh Tayangan: 8 Ogos 2012

Pengedar: UNIVERSAL PICTURES

Pengarah:  Tony Gilroy

Pelakon: Jeremy Renner, Rachek Weisz,  Edward Norton, Joan Allen dan Albert Finney







p/s: lebih senang buat filem futuristik sbb kita sendiri boleh tentukan apa yang kita nak.

::