[ U FOLLOW ME..]

Monday, July 30, 2012

[ Sabarlah duhai hati.. :( ]


::


"  Sabarlah duhai hati.. :(   "


kata kata itu sahaja sudah buat aku bergenang air mata, 

ketika dan saat ini juga, air mata bergenang memikirkan tragedi itu,
apalah dosa mu dan apa pula salah mu..

bermula tarikh itu sehingga hari ini, 
aku sering cuba membayangkan jika  berada di tempatmu..

saat kau tersiksa menahan sesak nafas,

saat kau sangat tersekat..
saat kau mengerang kesakitan dan melawan,
saat kau merayu dilepaskan..

dan saat itu juga, pasti kau memikirkan nasib malaikat kecil mu,
maka akhirnya kau tewas kerana kudratmu tidak setanding untuk ditentang..

namun..
apalah daya kita kerana semua sudah tertulis,
telah termaktub, 
bahkan sudah tersirat,
di situ akhirnya,
tanpa terlewat walau sesaat,
tidak pula terawal dan terkecuali walau sedetik..

apapun,
aku percaya kau pergi dulu kerana Dia lebih menyayangimu,
dan aku juga yakin, terselindung seribu satu hikmah disebalik tragedi itu,
dan aku tersangatlah yakin..kau pasti digolongkan di kalangan mereka yang disayangiNya

kerana apa?

kerana apa aku begitu coretnya.
.
kerana sifat dan peribadimu secantik raut wajahmu,
kecekalanmu pula seikhlas hatimu,
malah kerana tuturmu selembut hatimu..

Ya Allah tiada lain caranya..

tidakkan lain kudratnya,
tiada lain mampunya

Selain aku hanya mampu mendoakan..
Kau tempatkan dia di kalangan yang terpilih,
Kau terangilah tempat kekalnya dengan cahayaMU,
Kau tinggikan darjatnya selaku anak, isteri dan ibu yang baik,

Buatnya aku kirimkan semanis Al-fatihah,
Agar kau tenang di Sana..
Kerana pasti aku akan ke Sana jua sepertimu..
Meskipun ada gentar apabila memikirkannya


Sabarlah duhai hati.. 


::


Dia adalah Nur Syaleza Jaafar


p/s:: orang yang ALLAH sayang, Dia akan jemput lebih awal.



4 comments:

  1. hilmi..siyesli aku pun kesian.. n kau maybe lbh fhm situasi dia sbb kwn kan.. aku xkenal, tp tumpang simpati atas apa yg berlaku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq mizztina..memang ye..sangat mengejutkan dan tak sangka langsung..

      Delete
  2. alfatihah buat kak syasya tersayang....semoga rohnya dicucuri rahmatNya....sedangkan aku yang bukan tergolong sebagai rakan rapat arwah dan sekadar mengisi ruang dalam kehidupannya sebagai rakan pejabat (bekas) pun masih menangisi pemergian arwah, maka aku hanya dapat membayangkan kesedihan yang terpaksa ditanggung keluarganya.

    Sehingga kini, aku masih terbayangkan senyum manisnya, suara lembutnya, tiap kali aku berbuka puasa aku terbayangkan wajah2 ibubapa arwah yang tentunya sukar untuk menerima keadaan ini. Aku terbayangkan wajah comel Danish, anak arwah dan nasib yang bakal dihadapi si kecil itu. Aku teringat perbualan terakhir aku dengan arwah yang sempat berkongsi resepi soto ibunya, kata selamat ketika hari lahir anakku...Aku menyesal tidak bertanya khabar pada arwah terutama beberapa hari menjelang hari dia dijemput Ilahi, aku sedar arwah menyimpan cerita sedih yang diluahkan menerusi status2 di fb walhal beberapa hari sebelum itu juga arwah amat gembira kerana dinaikkan pangkat. Sejak pengumuman berita gembira arwah itu yang dikongsi di fb, aku selalu menjenguk laman maya arwah, mengikuti perkembangan2....sehinggalah status terakhir seperti dicoretkan dalam blog ini, aku terpinga...kenapa dengan arwah. acapkali aku hendak menekan butang komen dan bertanya namun....

    Semua yang mengenali arwah secara peribadi pasti sedang bersedih, kaum keluarganya berat menanggung kesedihan yang tak berpenghujung.....tiap kali aku terkenangkan semua ini, mengimbau kembali semua kenangan bersama arwah tak tertahan air mata ini daripada mengalir.

    Alfatihah kak syasya sayang....May justice prevails for Syaleza Jaffar. Amin Ya Rabb.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pastinya laporan semalam di tv3 mahupun tv9 mengenai arwah bertambah menyayatkan hati kerana melibatkan anaknya Danish..
      Danish yang tak tahu apa..asyik bertanya pasal mama dia..kalu aku dalam kalangan ahli keluarganya..pasti setiap kali soalan Danish bertanya pasal ibunya membuat aku menangis..tiada kata yang perlu aku ucapkan untuk menerangkan perkara sebenar..

      Dan kerana semua itu pasti tertanggung aku, maka ia tidak datang kepadaku..dan ku mohon kepadaMU agar aku tidak menghadapi saat seperti itu..sumpah aku tak mahu..

      Delete