[ U FOLLOW ME..]

Friday, March 2, 2012

[ myJFFC ]




[


hihi apa kejadahnya 'myJFFC' tu?
bukan ayam goreng KFC ye..

jauh sekali KELANTAN FREID CHICKLEN hahaha




yang sebenarnya myjffc tu adalah...tadaaaaaaaaaaaa!

MALAYSIA JAZZ FIT FRIENDS CLUB





kau ada? xde kan? hihi
aku dah lama nak cari geng kelab macam ni.
penah dulu masa belum ada jazz, aku siap berangan nk ada geng2 macam ni. mampoo?
xde keta lagi dah berangan..dasar berpandangan jauh tul aku kan hahaha

kononnya bila ada geng2 macam ni leh la dapat info sparepart yang best2,
dapat yang original, tak kena tipu n sbgnya.
dan honda jazz aku akan jadi cantik lagi la walaupun sekarang ni dah cantik..!~kata kau..!

nk jadi citer, pas lepak makan2, luah2kan perasan kat member baik UiTM dulu2 tu,
lepak kat area seksyen 7 shah alam tu, aku terserempak dengan ada dua tiga bijik HONDA JAZZ kat trafik light KONKOD HOTEL Shah Alam tu..
dalam ati dok pikir ni mesti ada kelab ni..

aku pun slow down keta aku,
then xsangka plk salah sorang geng ni kasi lampu tinggi kat aku..
sama geng la kononnya.
sambil selisih dia angkat tangan,
aku apa lagi trus bukak tingkap mintak no phone n fb kelab..~confident dioarang ada club. tengok2 memang ada pon hahaha
haha selamba je aku mintak walaupun ada keta hon kat belakang! pegi la mati..

dah sms apa semua, esok dioarang ajak lepak sbb setiap hari jumaat malam memang ada TT katanya..
ingat TT tu TEAM TALK, rupanya TEMUDUGA TERKEMUKA katanya..
dah kenapa plk temuduga terkemuka..aku pun tak tau.

so sekarang ni yang jadi masalah, aku nk pi ke xnak? segan la plk..
nk jadi lagi segan aku nk sembang pasal apa plk nanti?
pasal spotrim? enjin kuasa kuda? speeding selalu 1-7 ke 1-8 ? tayar keta pakai saiz apa?
adoiiii

aku ni kira pandai isi air, pam tayar tekanan yg sesuai, pandai basuh keta pun kira nasib baik la...hahaha ;p

selalunya yg aku tau, cukup masa p service kat HONDA je..
pas tu lepak2 minum air milo dari mesin buat air dia tu, makan apa yg patut and tunggu sampai siap. senang.

mmm tp pikir2 balik, ni la masa nya aku nk mula pandai pasal keta, nanti senang la
so nk p ke tak nak..
p je laaaaa..! over!





]


No comments:

Post a Comment