[ U FOLLOW ME..]

Saturday, March 24, 2012

[ baby arif ]

[

Hari ni bawak jalan2 baby arif. Hihi dr kul 3 ptg smpai kul 1 pagi. Haha lama tu. dah brapa kali arif nangis pon xtau. Pas g SOGO g Masjid India, Ikano, makan kat Ghulam Mee, and last skali g Uptown Kota Damansara.

Aku beli apa je. Beli tshirt je. Yg banyak beli sure la si tembam rafiqah tu. haiih

]

Wednesday, March 21, 2012

[ THESIS OH THESIS ]




[


TOLONG LAH..~ intonasi jaafar ONN dalam siri CILI PADI plsss

Sapa la agaknya yang dapat tolong aku buatkan thesis master aku ni

weiiiiiiiiiii...!!!! ~ menjerit sekuat hati ni..!!!!

aku malas la plak nk teruskan master ni...tp sayang plak sbb dah nk hujung sangat dah pon..

semua subjek dah settle dah ..ni tinggal thesis je ni ha..

dah 5 semester dah kot.. dah macam diploma plk lamanya nak mengabiskan master ni..

tp kalu nk ikutkan cerita aku, diploma aku buat 3 tahun lebih~ kantoi paper akaun..huh..!

degree pun 3 tahun..~lulus cemerlang ye..kau ada??

adoi master pon nk 3 tahun gak ke...?
ni la penangan bekerja sambil belajar ni..

dah sbb lambat sangat abis..sampai aku nye chairman supervisor pon dah brenti keja..adoiiii..~pengsan

dia tak tahan tunggu aku lama sangat ke..? mmm apa la nasib..
so aku rasa kena tukar yg supervisor best sikit..
visor keta yg silikon punya best je..so tukar supervisor silikon gak la ~ting tong tetiba..takde kena mengena..

tintong tintong aku pun result cemerlang what!!!



so aku rasa Dr. Megat Al-Imran lah..calon yang paliinnggg sesuai untuk ganti CHAIRMAN aku..

Dr adalah lecturer paling sempoi..tajuk thesis aku pun, aku rasa aku cedok idea yg dia kasi kat aku 3 tahun dulu gak ni..
kira ok la ye...

Dr Megat plsssssss terima saya plsssss.

kali ni saya dah tekad ni,
azam baru..nak abiskan juga master ni..
ye la..nk jadi penyampai berita tak kesampaian dah ni..
kena tukar kerjaya la nampak gaya nye

tp mintak maaf la ye Dr. Megat..saya dah nominated nama Dr. senyap2 ni tanpa bagtau Dr.

ok kan je la ye..kira jadi je la ni..~ pak pong pak pong kompang dipalu...erk! giler?



oh Thesis kenapa la ko susah sangat nak buat..
RENGSAAAAA LAHHHHHH..!!!!!


]

Tuesday, March 20, 2012

[ di sini bermula ]

[

maka dgn ini,
bermula la langkah pertama,

langkah penuh bertenaga,
dengan tekad azam yang kuat,

aku perlu berjaya,


caiyok2

]

Sunday, March 11, 2012

[ nak makan ABC ]

[


tetiba rasa nak makan ABC la..
ye la kan orang kata aku ni dah gemuk..
so aku rasa nk makan ABC la
tak pernah makan ABC

arap dapat makan ABC..
dan boleh kurus..
ni bukan ABC=Air Batu Campur

tp....




]

Thursday, March 8, 2012

[ 64 tahun PAK ]



[



lupa plk nk citer..semalam iaitu 6hb..aku satu family keluar g makan2 atau omputih nya sebut..dinner la..

konsepnya nak sambut birthday bapak aku yg ke 64 tahun la..tp birthday dia 7 Mac...in advance.

selamat hari lahir PAK, doakan PAK panjang umur..Pak memang kena panjang umur lagi, sbb Pak tak tgk lagi amie ngn hawa kawin..plus adik kecik yg darjah 3 tu...hihi,

Pak kena tgk kami dapatkan cucu untuk pak and sebagainya..moga Allah murahkan rezeki PAK..

Dah nama nak celebrate..kena la g makan jauh2 skit la..baru grand..asyik makan kat Teluk Intan je..tak best la..and akhirnya kami decide nak makan kat KAMPAR..!! je je jeng

huh! tetttt kampar je..tak la jauh sangat..haha..!

Semua adik beradik aku ada la kecuali Kak Nina n Kak FIFI, orang dah ajak dah balik kg...tp masing-masing ada keja katanya..xpe la.

Kakak aku si kak NINA ni..katanya rajin ber'webcam' dengan adik beradik aku yang lain kat FB.
Dengan aku tak pernah la..sbb aku tak approve pon frend request dari sibling2 aku ni..hahaha sorry ye..privasi katanya..

Nak jadi citer time kitaorang makan2 kat satu restoren kat KAMPAR ni, kami pun berwebcam..! Hahah mampoooo berwebcam kat restoran.??hahaha..

Tp xpe sblm berwebcam tu aku dh pesan dah..bukak webcam yang ber'background' kan ala2 ada kat AUSTRALIA..! hahaha

ye la..baru la relevan sikit nak berwebcam..konon2nya cucu2 PAK ALI ni nak wish birthday dari Australia la..xdpt nk celebrate sama sbb xdpt balik..jauhhhhhhh.. !

Bapak aku pun siap tersipu2 malu je bila tengok cucu2 ngn anak sulung dia on screen haha..

"SELAMAT HARI JADI TOK WAN..!!"








dah cucu2 dia bising2 tu, ramai plk org yang tengok..apa lagi keluar la ayat2 merapu seperti;

"wei Australia tengah salji ke apa..?" ~sambil sengih2..

"Sana sejuk tak sekarang ni..?"

"Bila nk balik malaysia?"


hahahaha budusssssss..!



by the way..

SELAMAT 64 TAHUN PAK.!!
KAMI SAYANG PAK..!!


]


[ title L ]





[

setelah berjaya mendapat title 'L' iaitu LOSER baru-baru ni..

aku bertekad balik je ke kampung tanam jagung..dan berenti je kerja sebagai tukang report or REPORTER tu.

aku cadang nak memulakan hidup baru dengan mengerjakan tanah bendang dan kelapa sawit milik bapak aku..jadi petani..!! ok tak..?


mulai sekarang aku dah kena pandai cara macam mana nak letak baja, macam mana nak racun rumput-rumpai dan macam-macam lagi la..

pendek kata semua benda kena tau pasal bendang dan kelapa sawit..hehe



ye ke ni..?

ye la..ko ingt ko diva sangat ke tak leh kena panas, tak leh kena selut, kena gigit pacat, lintah dan sebagainya..ceh..! takut kulit hitam konon..pirah memang dah itam kot..!

hahaha

Eh korang rasa, agak2nya pic aku ni macam pic REMY ISHAK dalam filem CUN tak?

hihi boleh la kan..daripada tak ada, sipi2 pon ok la kan..


p/s :: sempat lagi nk bergambar bagai..huhu
:: 'bendang' tu SAWAH PADI


]

Saturday, March 3, 2012

[ tidak bersiaran ]


[


minggu ini adalah minggu pertama aku akan mula tidak bersiaran, tiada lagi hujung minggu yang ceria..!

mulai hari ini aku perlu biasakan diri aku..biasa la, alah bisa tegal biasa kan. kita tengok macam mana nanti..

cuma minggu ini aku masih belum boleh terima..asyik dok pikir je..
tapi takpe..

p/s thanks to cacha for watching me before..!



]


Friday, March 2, 2012

[ myJFFC ]




[


hihi apa kejadahnya 'myJFFC' tu?
bukan ayam goreng KFC ye..

jauh sekali KELANTAN FREID CHICKLEN hahaha




yang sebenarnya myjffc tu adalah...tadaaaaaaaaaaaa!

MALAYSIA JAZZ FIT FRIENDS CLUB





kau ada? xde kan? hihi
aku dah lama nak cari geng kelab macam ni.
penah dulu masa belum ada jazz, aku siap berangan nk ada geng2 macam ni. mampoo?
xde keta lagi dah berangan..dasar berpandangan jauh tul aku kan hahaha

kononnya bila ada geng2 macam ni leh la dapat info sparepart yang best2,
dapat yang original, tak kena tipu n sbgnya.
dan honda jazz aku akan jadi cantik lagi la walaupun sekarang ni dah cantik..!~kata kau..!

nk jadi citer, pas lepak makan2, luah2kan perasan kat member baik UiTM dulu2 tu,
lepak kat area seksyen 7 shah alam tu, aku terserempak dengan ada dua tiga bijik HONDA JAZZ kat trafik light KONKOD HOTEL Shah Alam tu..
dalam ati dok pikir ni mesti ada kelab ni..

aku pun slow down keta aku,
then xsangka plk salah sorang geng ni kasi lampu tinggi kat aku..
sama geng la kononnya.
sambil selisih dia angkat tangan,
aku apa lagi trus bukak tingkap mintak no phone n fb kelab..~confident dioarang ada club. tengok2 memang ada pon hahaha
haha selamba je aku mintak walaupun ada keta hon kat belakang! pegi la mati..

dah sms apa semua, esok dioarang ajak lepak sbb setiap hari jumaat malam memang ada TT katanya..
ingat TT tu TEAM TALK, rupanya TEMUDUGA TERKEMUKA katanya..
dah kenapa plk temuduga terkemuka..aku pun tak tau.

so sekarang ni yang jadi masalah, aku nk pi ke xnak? segan la plk..
nk jadi lagi segan aku nk sembang pasal apa plk nanti?
pasal spotrim? enjin kuasa kuda? speeding selalu 1-7 ke 1-8 ? tayar keta pakai saiz apa?
adoiiii

aku ni kira pandai isi air, pam tayar tekanan yg sesuai, pandai basuh keta pun kira nasib baik la...hahaha ;p

selalunya yg aku tau, cukup masa p service kat HONDA je..
pas tu lepak2 minum air milo dari mesin buat air dia tu, makan apa yg patut and tunggu sampai siap. senang.

mmm tp pikir2 balik, ni la masa nya aku nk mula pandai pasal keta, nanti senang la
so nk p ke tak nak..
p je laaaaa..! over!





]


Thursday, March 1, 2012

[ hati ini tidak lagi DEKAT di situ ]

[


huh.......!
menghela nafas panjang aku di buatnya,
penantian 2 tahun 3 bulan akhirnya berakhir dengan harapan yang tak kesampaian.
Cita-cita yang tergadai..
Penantian masa selama 2 tahun..
bagi sesetengah orang mungkin tak lama..
tp cukup lama bagi aku, dengan usia yang makin meningkat.

tak tahu nk salahkan siapa?
nak salahkan takdir? salahkan suratan dan kebetulan?
diri sendri?
orang ketiga?
orang ke empat?
orang kelima.....?

aku sendiri menanti jawapannya,
aku pun tak tahu..
aku pun keliru..

cuma setakat ini kenyataanya tidak begitu..

redha atau terpaksa redha..?

Memang semua dah tertulis bersama-sama hikmahnya..

tipu kalau aku kata aku tak sedeh..
jauh sekali aku tak rasa nak nangis.

tapi,
apa perlu menangis..?apa perlunya bersedih..?

bersyukur yang sebaliknya..

dah kerana apa bersyukur?

kata mereka
Allah hanya menguji kepada hamba-NYA yang Dia sayang,
lantas bersyukurlah ALLAH masih sayang
meskipun kekadang aku yang suka menjauhkan diri dariNYA.

apapun aku harus menyusun semula langkah aku dua tahun lalu,
aku bukan jenis yang mengalah apa lagi beralah.

kali ini akan pastikan akan langkahku teguh,
lebih kukuh dah tegap bergerak,
dan enggan sekali menoleh kebelakang.

meskipun ada kata-kata dari
ilmuan dunia berbicara,
hidup hari ini hanya akan dipelajari dengan menoleh kebelakang..
tp sayang sekali hidup perlu ke hadapan.

dan untuk masa dan saat ini,
aku lebih senang berpandangan,

lebih baik melakukan gerakan maju,
dari berundur atau tidak melangkah, kerana ianya akan nampak lemah,
dan aku tidak perlu lagi menanti untuk terus menanti pada benda yang tak pasti..
kerana apa?

kerana HATI INI TIDAK LAGI LAGI DEKAT DI SITU..!

]