[ U FOLLOW ME..]

Saturday, October 6, 2012

[ CM- Cinta MONYET ]

::

Mendengar sahaja segmen Suria Cinta di Suria FM sahaja sudah buat aku tersenyum sorang-sorang dalam kereta. Mana tak nye, suara DJ untuk segmen tu, si DJ Lin memang buat aku nak gelak dan kadang-kadang menjadi ejekkan kawan-kawan aku. Tu sbb la aku suka tersenyum sorang-sorang bile dengar segmen tu, aku akan teringat ejekan kawan-kawan aku yang masing-masing cuba meniru suara DJ Lin. Masalahnya ada yang buat sebijik macam suara dia! ketawa lagi.

Mintak maaf sebutla, actually aku tak suka. Geram n sakit ati jugak kekadang..Dengar je suara dia yang ala-ala manja tak manja, control cun and dengar tak dengar tu aku rasa macam dia buat-buat je. Dan tak boleh lupa sampai aku boleh mendengar dia menelan air liur! Adehh.

Awal-awal dulu aku bayangkan masa dia kendalikan segmen tu, dia bercakap sambil baring-baring atas tilam untuk dapat mood macam tu..euwww..macam mintak lempang pun ada. Asal masuk je part dia bercakap aku terus tukar channel radio lain. Paling tak boleh blah time dia bacakan puisi cinta pendengar..Adoiyaiii !!! 

Tapi tak dinafikan aku suka segmen tu disebabkan lagu-lagu pilihan DJ tu memang best. Mengimbas kembali zaman-zaman aku muda remaja, berjerawat batu, berambut belah tengah masa kat sekolah menengah dulu!! 

Adalah satu hari tu aku terdengar seorang mamat pemanggil ni, dia cal DJ Lin menyampaikan bait-bait rindu dan cinta pada kekasih dia. Katanya dia amat merindui dan mencintainya, dan dia sering terbayang-bayang wajah aweknya tu dan tido tak boleh lena. Seterusnya dia berniat nak melamar awek dia untuk buat jadi isteri!! 

Pastu DJ Lin dengan suara perihatin dan manja-manja dia bertanya,
 " Ooo dah lama ke berkenalan sampai nak melamar itew? "
Sekali dia jawab, 

"Kami tak pernah berjumpa lagi dan hanya baru tiga bulan kenal melalui Facebook! "
Oh My God, Masyallah apa kejadah tetiba nak kawin??!! 
Hahahahah aku apa lagi tergelak-gelak sorang-sorang dalam kereta dibuatnya. Adoiii.

Ada satu malam lain tu pulak, seorang pemanggil perempuan buat panggilan sebut benda yang sama jugak, rindu, sayang, cinta dan sebagainya la. Biasala adat bercinta rindu randa.  aku paham. Tapi ayat terakhir dia yang aku ingat sangat tu. 

" Saya akan tunggu awak sehingga awak selesai LATIHAN KHIDMAT NEGARA nanti, pastikan saya orang pertama awak jumpa sebab saya sangat merindui awak..!" 
"Dan insyaallah saya hanya akan menjadi isteri awak seorang sahaja! Tambah dia.
The??? Konfiden! Baru nak lepas PLKN dik, sabar la skit..awal nor perancangan dah nak kawin tu. 
Adik tak tahu lagi dunia pekerjaan ni, susah payah nak mencari duit, nak cari kerja pun susah sekarang dik nun..Adik punya eputusan SPM pun tak kluar lagi dik oii. Masuk universiti dulu la..baru merancang kehidupan adik...haihhh Cinta Monyet nih!

Dan seperti biasa DJ Lin tu layankan aje budak-budak sekolah tu dengan kata-kata sokongan, lagaknya seperti DR LOVE..!

Dan bercakap soal CINTA MONYET, aku rasa aku jugak pernah laluinya. Ghee ghee. Tapi tak la seteruk anak muda sekarang ni kot. Ala-ala cinta-cinta dan rindu bagai. Seingat aku masa tu sekitar tahun 1996. Aku baru di tingkatan 1 dan bersekolah asrama di Teluk Intan. Tapi dia tu tak dok asrama. Kat bawah ni aku tunjukkan gambar 'awek' aku masa zaman sekolah menengah rendah dulu..

[ masa ni kawan-kawan aku cakap muka kitaotang seiras..ada jodoh la kan]

Cun tak..? Aaa nama dia NURSYAFINALIZA SHAFIE. Oleh kerana time tu orang sibuk nk glamorkan nama sendiri, aku pun menglamorkan nama awek aku sebagai 'ALIEZ' hasil daripada huruf-huruf yang ada dinama dia. Kononnya hanya aku je leh panggil nama tu.  Dan yang penting kami ada nama gabungan. Kami namakan diri kami sebagai..
 'ALIEZMIE' 
hahah kau hadooo?!

Secara ringkasnya permulaan hubungan cinta monyet ni bermula dari seorang budak lelaki dalam kelas dia yang nak kenal dengan dia. Dia ni pon tipon si Aliez menggunakan talian tetap kat rumah dan cakap nak kenal. Bila Aliez tanya ni sapa, dia terus gelabah tak tau nak cakap apa dan malu nak ngaku dan sebut nama sendiri sbb satu kelas, maka dia main petik nama aku yang sememangnya berlainan kelas dari Aliez tanpa pengetahuan aku. Aku masa tu kelas Rancangan Khas Agama hokay. Pergi kelas bersongkok u ! Alim sangat.. ~Mata ke atas tangan kat bahu'.

Masa form 1 dan 2 aku adalah sesi petang. Selepas Pendidikan Jasmani kelas aku, yang kebetulan sama dengan kelas Aliez, Aliez panggil aku untuk berjumpa. Aku terkejut gak la sbb ada awek nk jumpa aku kan. Tp memang la takde nak heran apa sangatkan sebab memang ramai yang nak jumpa aku sebelum-sebelum ni. Ada yang nk ambik aku jadi adik angkat la, abg angkat la..nak berkenalan la, maklumla muka jambu mata sepek ala chinese look, ramai la orang nk kan, morang fofular la katakan~matilah.



[ hihi ]

Tapi kali ni lain, jumpa belakang dewan sekolah tau, dan dia tanya pasal betul ke aku nk berkenalan dengan dia? Aku terkejut la, selalunya orang nak berkenalan dengan aku adalah.. Bila masa plk aku tipon dia, nama pon aku tak tau, inikan pulak nak telefon. Tapi yang pasti aku kenal la si Aliez ni. Pelari pecut wakil sekolah ni. Gile terkejut. Dia pon terus terkejut dan heran. Then sejak kejadian tu, aku terus berkenalan dan ada no tipon dia. Tapi no tipon rumah la. Masa tu mana nak ada handphone. Setiap sabtu ahad tipon, dok asrama  la katakan. Weekdays susah nak tipon. Makan hati la budak yang tipon tu, last-last aku yang dapat. kah kah kah ~gelak syaitoonn.

[ni pic belakang Dewan Kuliah ]

Perkenalan aku dengan Aliez akhirnya sampai ke satu tahap yang orang panggil bercinta la kot. Masing-masing tulis-tulis surat pakai kertas-kertas bunga, bersampul surat bunga-bunga (beli kat kedai ACAI depan sekolah ataupun beli kat Shooping Complex yang namanya FAJAR kat Teluk Intan). Masa tu pen pun mcm-macam kaler ada. Ada gak kami saling bertukar-tukar lagu cinta melalui surat. Surat biasanya di passing time rehat or time nak balik sekolah. Tapi tak sampai tahap bubuh bedak! Erk..





[ Bila bg pic, mesti nak kena tulis kata-kata belakang pic ]

Sebut pasal tukar-tukar lirik lagu tu, seingat aku kami dah bertukar 12 lagu..Antara lagu dia apa ye? mmm Manisnya Senyumanmu- ELITE, I Miss U Like Crazy-The Moffats, Jawapan Kasih- Amy Mastura dan sebagainya. Aku pernah rakamkan semua lagu tu masuk dalam kaset dan buat cover kaset walaupun hanya fotostat dan kasi kat dia and aku simpan satu hahaha.

Paling tak boleh lupa, sepanjang perkenalan, ALIEZMIE masing-masing kami ada DIARI sendiri dan kami akan bertukar diari setiap hari ISNIN dan JUMAAT. So setiap hari kami akan menulis tentang apa yang kami buat sepanjang hari. Bile time tukar diari, aku berpeluang tahu apa dia buat sepanjang seminggu tu bila baca apa yang dia tulis dan sebaliknya. Pastu hari berikutkan kami akan tulis lagi dalam diari yang ditukar tu dan akan bertukar tangan plak pada hari Isnin bagi aktiviti hujung minggu plak. Sweet kan?? haha so kami tak perlu selalu nak telefon untuk tahu apa yang berlaku sesama sendiri. Ye la dulu mana nak sms bagai kan.

Yang penting, kami ada anniversary gak tau. Tapi disebabkan dia dan aku ala-ala alim ulamak gitew, kami tak panggil hubungan kami percintaan, sebaliknya panggil  dia 'PERKAWANAN' erkk apakah..?!! Ni idea dia la ni, aku ok je kalau nak panggil percintaan. Dia yang tak nak. Patutnya persahabatan la kan? ni tak PERKAWANAN. Ramai kawan aku pakat gelak tp memahaminya Haihhhh.

So setiap kali birthday ke, anniversary ke sure la dapat hadiah kan. Hadiah dia tak la mahal kan sbb time sekolah. Setakat keychain, frame gambar, mug, dan aku rasa sampai sekarang aku masih simpan semua tu termasuk surat-surat dia..! Time puasa dan raya pulak dia mesti buatkan aku Coklat Cake dan bagi kat aku selepas sekolah. Sweetttttt..!


[ Pengawas Sekolah ni, aku pun.. ^.^]

Hubungan aku dengan dia akhirnya sampailah ke Tingakatan 3. Time tu semua dah tahu couple masing-masing kat sekolah tu. Sehinggalah keputusan PMR keluar, ALIEZ tak silap aku hanya dapat 4A je. Sedangkan dia sebelum ni dalam peperiksaan tahunan dan percubaan  PMR sangat la cemerlang dan menjadi antara pelajar paling pandai dan tergolong dalam target student untuk dapat 8A. Tak tahu kenapa. Masa ambik result tu aku sempat la jumpa dengan dia bertukar-tukar slip result PMR. Dan sebelum tu aku ada ternampak dia menangis sbb tak dapat 8A. 

Keputusan aku? Aku pun sedih jugak la sebab target dapat 6A sebaliknya dapat 2A, 6B dan 1C~Bahasa Inggeris. Aku lebih sikit subjeknya dari Aliez sebab ambik Bahasa Arab..!

Sejak daripada result PMR tu, aku dah mula tak contact dan renggang dengan Aliez sbb aku dapat tahu mak dia marah kat dia sbb sibuk nak bercinta dengan aku smapai tak dapat 8A.  So mak dia tak bagi bercinta ke, berkawan ke, sampaila habis SPM dan SPM result kena gempak. Aku pun masuk sahaja tingkatan 4, aku berhijrah ke Sekolah Menengah Teknik Taiping~sambung belajar dalam bidang Kejuruteraan Awam pulak. Kononnya nk jadi Engineer. 

Cinta Monyet aku akhirnya berakhir di situ dan tak berhubung sehinggalah aku mula bekerja pada tahun 2008. Masa tu pernah call dia selepas dapat no tipon daripada kawan, tapi dengarnya dia dah bercouple dengan kawan satu kelas dia masa form 4 dulu-(bukan yang dulu tu). Nama couple dia tu lebih kurang dengan nama aku. Aku HILMI dia HALMI. Walaupun aku cuba pancing dia balik dengan cerita-cerita dulu aku dengan dia, tapi nampaknya dia  dah tak interested. 

So aku pun tak nak kacau dia dan terus lost contact semula. Tapi sekarang 2012, aku dengar cerita dia sekarang adalah Pendidik bagi subjek Sains dah pun berkahwin dengan mempunyai anak dua orang..Selaku ex-CM dia, aku doa aku semoga dia berbahagia bersama pasangannya. Dia katanya bukan berkahwin dengan HALMI tu, sbb HALMI dah kawin dengan orang lain. Maybe Aliez kawin dengan kawan satu universiti dengan dia dulu kot. Wallahhualam.


[ Kalau nk tau, ni satu-satunya pic kitaorang berdua. dia dok betul2 belakang aku..then lelaki sebenar yang berkenalan dengan Aliez adalah lelaki yang paling kiri barisan belakang sekali ...hihihi ]

::


p/s:: Selalu baca diari lepas makan tengahhari atas katil.


















Thursday, September 27, 2012

[ MOMENTUM ]

:: 


Momentum untuk menulis blog sekarang dah jadi makin lemah plak. Sebab sekarang aku dah mula kena buat reporting and kerja-kerja yang sepatutnya selaku wartawan, berbanding sebelum ni. Ye la dulu datang keja tengok youtube, movie, facebook tapi sekarang dah mula menulis skrip untuk portal ABNNEWS dan mula keluar buat reporting.

Argggh boring la pulak nak kena keluar buat reporting selepas lama berehat. Katanya takut momentum menulis skrip plak yang akan hilang. So arahan keluar membuat reporting dikeluarkan oleh BOS.

Dengan fasiliti yang tak cukupnya, satff pun tak abis ambik lagi, editing yang sangat la lambat sebab benda sikit, benda nak edit banyak dan macam-macam lagi la. Mana la aku nak semangat kan. haihh..

Sebagai contoh, laporan aku sebelum ini pasal perhimpunan bantah filem pendek 'INNOCENCE of MUSLIM' kat KL Jumaat lepas..Jumaat lepas buat, hari ini baru siap sepenuhnya. Dah la rakam pakai kamera DSLR ( xnafi gambar cantik ). Jurukamera katanya first time jadi cameraman. Dengan takde ID card. Tanda MIC FLAG dan orang plak tak kenal pon ABN..aduhh xbiasa la. 

But it's ok. Permulaan semua macam tu kan. POSITIF POSITIF POSITIF

Hasilnya..tadaaaaaa... ni laporan yang aku buat..hadooo sangat!!




[ Gambar-gambar semasa pertama kali membuat liputan selepas berehat panjang ]



 [ MASJID KG BARU masa solat bawah matahari ]
 [ Ketua Pemuda UMNO- KJ in the house ]
[ ketika lantang bersuara ]



::


p/s:: aku rasa dah malas nak jadi reporter, nak keja bidang lain la plak


Thursday, September 13, 2012

[ The ABN Journey ]

::

Ni nak kongsi pasal ABN punya perjalanan. Untuk sapa-sapa yang nk tahu pasal ABN ni la.
So far ini adalah projek pertama aku n the gang.. Tapi bahagian SKRIP je la..tapi kami tulis Omputih ok..! Mampooo?

Aku tak tau kenapa diaorang tak list kan dalam YOUTUBE, tapi leh tengok dengan adanya link ini. Click link ni.. ABNxcess.


::


Monday, September 10, 2012

[ Cerita Tentang A- Final Part ]

::

Sudah-sudah kita bercerita pasal A aku rasa. A pun aku rasa, sudah tenang di SANA. Insyaallah. Cuma kali ini aku hanya mahu bercerita tentang Majlis Tahlil yang aku dan  kawan-kawan dia adakan untuk A.

Yang pasti venue majlis mesti buat kat umah aku la kan, tempat dimana hayat A berakhir. Majlis dibuat pada 5 September lalu di apartment aku di tingkat 5. Majlis diadakan kecik-kecik je. Aku jemput 5 orang sahaja orang masjid dan 5 orang sahaja kawan-kawan aku yang sama-sama bertahlil untuk A. Yang selebihnya ada datang tapi tak sempat bertahlil bersama sbb ada sorang kawan aku tu yang janji nk dtg kul 5, tapi kul 5  kali dua baru smpai kan..10pm ~ dah kenapa banyak sangat 5 ??

Nak jadi cerita, sebelum Maghrib tu, aku n kawan volleybal aku - 'M' kemas-kemas-kemas umah dan pinggan mangkuk untuk sesi makan-makan pas tahlil nanti. Angin Manghrib malam tu sangat kuat kerana cuaca macam nak hujan, tapi tak pulak hujan. Suasana pada awalnya sangat mendamaikan dan menenangkan sbb sejukkkk je...sehingga la angin mula bertiup semakin kuat..dan makin lama makin kuat.. 

Takut benda-benda dalam rumah bertembangan dan terbalik, aku tutup slidding door balkoni rumah tu...Disebebkan aku tutup sliding door tu, pintu bilik arwah plak buat hal.. Terbukak, tertutup, terbukak tertutup berulang-ulang kali dengan bunyi-bunyi biasa la kan, pintu tak bubuh minyak hihi..angin masuk ikut tingkap bilik A dan bilik depan.. iye la, pintu bilik A tu punya tombol dah rosak sbb keja polis sebelum ni kan, so kalu angin keluar masuk tu memang camtu la keadaannya. 

Seram....
Memang menyeramkan. 
M siap datang kat aku tanya pasal pintu bilik tu..
Haha- tau ko takut kan, sblm ni ckp kat aku pandai!

Pendekkan citer, ustaz,bilal dan ahli masjid sampai je, kami terus mulakan bacaan tahlil.  Time tu udara bertukar ala-ala sepoi-sepoi bahasa sahaja, kembali tenang seolah-olah memahami situasi yang berlaku...Mungkin malaikat rahmat hadir bersama-sama orang-orang baik seperti mereka..Sliding door rumah pun aku dah bukak semula bagi menyuntik mood. ~tetiba guna perkata menyuntik plak kan.

Dan semasa majlis bacaan Tahlil oleh kami semua, macam-macam perkara aku terfikir. Dan ketika dan saat aku pikir semua tu tetiba bulu roma tengkok dan tangan aku mula meremang..Penah dengar orang cakap, bila kita terpikirkan sesuatu dan pada saat itu jugak kalau bulu roma naik..tandanya BENDA yang kita pikir tu, ada di sekeliling atau berhampiran kita.. Masa tu aku rasa macam nk toleh belakang je, sbb aku duduk memang membelakangkan bilik dia. So kalau aku toleh je belah kanan, sure aku terus nampak lorong ke bilik A. Disebabkan ramai orang dah ckp jgn sesekali pandang belakang time-time macam tu, aku pun malas la kan nak pandang..Bacaan kemudian aku teruskan bersama yang lain. Dan tetiba bila sampai part Tok Imam tu sebut je nama A, bulu roma  aku meremang semula. Kali ni lebih dasyat dan lebih lama. Dan kali ini aku memang nekad untuk pandang belakang..dengan harapan nak sangat tahu petua tu betul ke tidak..Sekali entah dari mana aku dapat kekuatan untuk menoleh, aku sendiri pon tak tahu, aku dengan rela hatinya pun membuat pandangan kebelakang. Dan dengan tolehan aku tu, aku terus terpandang akan kelibat A dihujung lorong ke bilik dia, berderau darah aku, muka aku tetiba macam takde darah. Dalam sepantas kilat, A aku lihat tersenyum pada aku.. Oh My Goddddddd sesungguhnya peranggan ni aku tipu je..!!! Sumpah aku tipu...!! Fantasi aku je wei..! 

Apapun aku memang sangat mengharapkan A tersenyum dan tenang di SANA dan doa kami semua sampai kepada A..Amin Ya rabbalalamin. Terima kasih kepada Imam, Bilal dan Ahli Masjid Sri Damansara yang datang dan sahabat-sahabat A yang lain, yang sama-sama doakan kebahagiaan A di SANA. Semua berjalan dengan baik hingga ke hujungnya. Makan-makan malam tu adalah Nasi Lemak dan ayam goreng TTDI yang sangat sedap serta Pulut Kuning pemberian sahabat A.

Selepas bacaan tahlil tu, aku still masih tak berani tidur kat rumah tu sorang-sorang, walaupun ustaz dah berpesan yang rumah aku tu takde apa-apa dan jangan nak fikir sangat..katanya la..kata aku?? MEMANG TAK LA...Belum cukup kuat kot.

Cumanya pada 07 September, aku nekad dan tido jugak kat rumah aku, sbb itu rumah aku kan. Sampai bile? So aku pun beranikan diri dan tido dengan memasang hampir semua lampu ruang tamu dan bilik aku.. hihi..Dan kali ini, perenggan ni aku tak tipu. Aku memang susah nak tidur sbb pikir macam-macam. Kul 1 pagi baru aku start nak tidor..aku pun tido..tetiba aku terjaga dan terdengar ada orang berlagu-lagu kecil menyanyi-nyanyi manja..Oleh sbb aku dari tadi dok pikir pasal A, aku dgr suara yang menyanyi tu dari bilik A yang bersebelahan bilik aku..dan aku dengar suara tu suara A..! Pastu aku mula pikir yang maybe orang bawah rumah yang nyanyi bukan A. Aku jenguk kat tingkap tengok takde plk budak2 dok main gitar ke apa ke.. Aku pandang pada jam kat dindingm aku tengok jam baru kul 1:05 am. What??? aku rasa aku dah tido lama kot, rupanya baru 5 minit je aku tido..Ya Allah lambatnya nak siang..!!!! Tak boleh jadi ni. Aku terus sambung tidor dengan mulut terkumat kamit baca apa yang patut..

Tetiba dalam tido aku, aku rasa macam kena tindih! Aku xpikir lain, terus terpikir A yang tindih..OMG!! aku start baca Ayat Qursi bagai dan cuba tolak 'benda' yang tindih badan aku tu..! dalam 5-10 saat aku terjaga dari tidur dan terus mengucap panjang. Tengok jam baru  pukul 2.00 pagi??? oh lambatnya masa berlalu. aku terus capai al-Quran baca apa yang patut..Habis 1 muka je sbb tetiba ngantuk aku menjadi-jadi~ ni syaitonnnn sangat. Then aku pun letak Quran kat bantal sebelah, tidur dan terlenaaaaaa~ sampailah pagi.. Alhamdulillah.. Tak tipu ye..!

Sungguh kuat dugaan malam pertama tidur sorang diri di rumah selepas kejadian yang menimpa tu..Malam 08 September plak, satu famili aku datang berkampung kat rumah aku yg comel dan 'luas' ni..sempit kot haha. Malam tu kami ramai-ramai baca Yassin dan doa. Yang pasti aku tak bercerita pun pasal kejadian malam semalam kat diaorang..! gheee Biarlah.

09 September plk, aku kembali tidur keseorangan dan Alhamdulillah tiada kejadian kelmarin berulang. Syukur dan harap malam berikutnya pun sama sbb aku sayang rumah aku..!!



::



p/s:: Sebelum ni tidur bersama mayat, kali ni tidur bersama fantasi mayat..!


Friday, September 7, 2012

[ Letak Jawatan? ]

::




Tengok entry punya tajuk pun dah macam kontroversi sikit kan. Takkan aku nk letak jawatan lagi sekali ni, keja baru sebulan dan nak brenti? Aii cepat sangat melompat-lompat kerja ni..Sebenarnya arini memang aku ada niat nak berenti keja..!
Sebab apa plak?
Ye la sepatunya, tarikh ari ni 7 September aku akan dapat gaji pertama aku. Senang la nk aku nk bayar hutang-hutang yang tertunggak tu. Lagipun gaji kali ni memang lambat skit la sbb peralihan kerja baru tu. Tapi aku check gaji dari pagi tadi tak masuk-masuk lagi. Ini gaji pertama kot, sah-sah la excited.
Sampai opis, aku email pada HR pasal gaji. Tapi tak reply2 lagi smpai petang ni, hangin gak la. Khabar hangin nya plk kata malam kang baru dia masukkan.. Adoi malam plk, kang malam kang kata esok pagi, esok pagi kata lusa...First impression pon dah failed ni, macam mana..? nak tunggu lagi? letak jawatan jugak la aku jap lagi ni. Hihihi.
Macam Personaliti TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin kita tu. Katanya dah letak jawatan. Uih.. anak emas Media Prima kot. Takkan kompeni tu biar je dia brenti? Mengikutnya, dia memang berenti berkuatkuasa hari ini.

~pinjam mic flag aku utk pose manja haha
Ramai yang berpendapat perletakan jawatan ini berpunca daripada perubahan imejnya yang sudah berhijab dan keduanya isu mengenai ulasannya dengan menyebut bandar Bintulu DAIF secara tidak sengaja yang mengundang kritikan pelbagai pihak menyebabkan dia berenti..
Sebaliknya Nurul Syuhada cakap keputusan itu dibuat kerana dia ingin memberi tumpuan kepada perkara lain serta berhasrat dan menyambung pelajarannya pada peringkat sarjana dalam bidang Psikologi atau Tamadun Islam. 
Keputusan yang dibuatnya itu sudah lama dipertimbangkan dan langsung tidak ada kena-mengena dengan isu kontroversi yang membabitkan dirinya. Kata Nurul Syuhada lagi, keputusan meletak jawatan ini juga kerana mahu memberi lebih tumpuan kepada keluarga.
So pasni Nurul akan melepaskan tugasnya sebagai pengacara Majalah Tiga dan hanya akan berkhidmat secara sambilan untuk program Malaysia Hari Ini (MHI). Tapi orang macam dia ni, nak mintak keja kat TV3 balik boleh je ni. Anytime..!
Aku ni kiranya memang berkawan baik jugak la dgn Nurul Syuhada ni. Kalu jumpa kat opis tu kira ada gak ceritanya, sbb dia ni memang banyak cerita dan suka senyum dan baik orangnya, mula baik dengan dia masa assignment Pelancaran Trans Studio Bandung, di Indonesia.


~aksi bosan tunggu masa nk balik


~nurul tolong jadi kamerawomen utk Standupper aku.
~geng baru dari Trans TV indonesia- RANGGA ILHAM n DEDY



::

p/s:: Cinta ku tak tertinggal di Jakarta, tapi di GAZA..

Tuesday, September 4, 2012

[ Cerita Tentang A - PART II ]

::



Sok Sek Sok Sek Mak Bedah pun bermula tentang sebab musabab kematian A, sebaik tibanya ahli Forensik PDRM dan wakil fotografernya yang tak putus-putus mengambil gambar rumah aku daripada pelabagai sudut. Bukan pula untuk dimuatkan dalam Majalah Impiana mahupun Majalah Deco, sebaliknya adalah sebagai bahan bukti bahawasanya tiada wujud unsur jenayah terhadap kematian A.


Aku bersama J selang-seli dipanggil masuk ke rumah bagi merekod keterangan. Ketika itulah pelbgai andaian dan spekulasi orang ramai dibuat berhubung kematian A. Yang paling meninggalkan kesan adalah khabar berita berhubung kesan seperti tangan kanan A yang didakwa dibalut dengan saletip dibahagian atas lengannya. Berulang-ulang kali perkara itu dibangkitkan orang ramai dan cerita itu kemudian mula disebarkan daripada seorang ke seorang.

Dakwa mereka A cuba menghisap DADAH! Membalut lengan tangan dengan saletip, kemudian ada cubaan menyuntik dadah ke lengannya. Akibat tidak expert katanya, dia mengalami serangan jantung mahupun kegagalan sistem pernafasan, menyebabkan dia meninggal..!
Hebatkan?
Lebih hebat daripada doktor di Hospital, 
Lebih hebat daripada pasukan penyiasat dan Ahli Forensik.

Aku pada awalnya sangat takut untuk melihat sendiri jenazah arwah A, namun aku memberanikan diri melihat sendiri keadaan A. Lama jugak aku berdiri di hadapan pintu bilik A sedangkan awal tadi aku takut benar nak melihat. Aku kemudian memerhatikan setiap sudut dan inci tubuh A. Dia terbaring menelentang dengab bertshirt putih kepunyaan J, dan berkain pelikat coklat. Aku yakin itu pakaian tidur A. Tapi aku tidak pula berpeluang melihat wajah A, kerana aku perlu bergerak lebih ke dalam untuk melihatnya..sebaliknya aku hanya rela berdiri di depan pintu.

Tujuan aku melihat dengan mata kepala aku adalah kerana ia berlaku dalam rumah aku, dan A sahabat aku, dan yang pasti untuk aku melihat sendiri keadaannya seperti yang digambarkan orang ramai. Memang tangan kanannya berwarna hitam berbanding tangan kirinya. Tapi pandangan aku ia kerana tangan kanan A lebih terdedah kepada cahaya matahari berbanding tangan kirinya. Itu sahaja.

Dan setelah hampir 5 jam kes itu berjalan, akhirnya A berjaya dikeluarkan dan di bawa ke Hospital Sungai Buloh untuk ujian bedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian A. Keputusan bedah siasat ketika itu dijangka akan diketahui jam 12 malam.

Dipendekkan cerita, keesokkan harinya 1 September, aku menghubungi ibu tiri A bagi mengetahui sendiri keputusan bedah siasat. Ternyata tangisan ibu tirinya yang terlebih dahulu aku dengar. Di sebalik tangisannya, sayup-sayup aku dengar suara orang bertahlil mengalunkan ayat suci al-Quran. 

Menurut ibu tirinya, keputusan bedah siasat hanya akan diketahui 1 hingga 2 bulan lagi, tetapi katanya A meninggal kerana mengalami serangan jantung lalu meninggal.. Pelik juga, keputusan belum diketahui, tapi meninggal akibat serangan jantung. Mungkin bagi aku, ibunya cuba untuk tidak panjangkan cerita. Cukup hanya mahu orang tahu A meninggal sebab serangan jantung.

Memang aku seakan meragui jawapan yang diberi ibunya. Intonasi dan cara jawapan diberinya sahaja sudah agak kabur. Kalau lah keputusan diketahui lagi 2 bulan, dari mana pula isu serangan jantung itu timbul? Mmm dek kerana tidak mahu serabutkan kepala, aku membiarkan jawapan itu dengan seribu tanda tanya...Yang pasti jenazah A menurut ibu tirinya selamat dikebumikan sebelum Subuh 1 September. 

Tidak habis di situ rupanya, ada spekulasi lain pulak timbul berhubung kematian A. Ini kira yang paling dasyat aku dengar dan menyeramkan aku. Katanya, di sebalik kematian A, wujud orang ketiga yang berada disamping A di dalam bilik A sebelum A meninggal. Dakwanya A mempunyai ramai kawan dari kalangan 'doktor'. Dan kali ini A ingin mencuba sesuatu yang baru dari 'doktor' lain. 

Tangan disaletip, suntikan di buat, dan tiba-tiba A menunjukkan tindak balas agresif dan meninggal dunia. Panik dan bimbang dengan keadaan A, orang ketiga ini kemudianya mengambil kunci bilik dan rumah A bersama perlatan 'doktor'nya, lalu bergegas keluar dan mengunci rumah aku semula seperti biasa bagi mengelak sebarang syak. Dakwaan ini dibuat berdasarkan faktor kunci rumah A dan kunci kereta A tidak dijumpai, juga forensik dan pasukan penyiasat tidak menjumpai sebarang alat suntikan mahupun seletip yang digunakan A.

Sangat menyeramkan dan seperti ada benarnya!
Ini bermakna orang ketiga itu mempunyai akses ke rumah aku semula nanti jika ada bahan bukti yang tertinggal. Dia juga boleh mencuri kereta A yang di parkir di bawah. Tapi dakwaan itu diakhiri dengan orang ketiga mencampakkan kunci-kunci A di tempat lain.

Semua dakwaan dan cakap-cakap mak jemah ni bermula hanya kerana A mempunyai sejarah lampau. A katanya pernah menggunakan 'ICE' ! 
Tak adil!
Dia dah berubah!

Malas diselebungi dengan pelbagai soalan, akhirnya aku membuat satu tindakan bijak yang patut dari awal lagi aku buat iaitu menghubungi sendiri pegawai polis yang terlibat bagi mengetahui keputusan bedah siasat kematian A.

Semuanya akhirnya terjawab dan ikhlas aku agak lega mendengarnya.

Menurut Sarjan Mani, keputusan bedah siasat menunjukkan dia tidak mengalami serangan jantung! - menolak dakwaan Ibunya.

Tidak ada cubaan menyuntik dadah ke atas diri sendiri dan TIADA saletip di lengan kanan A!

Sebaliknya, menurut Sarjan Mani itu adalah kesan regangan kulit disebabkan mayat sudah mula mengembung, menyebabkan kulit yang tengang dilihat seperti saletip - menolak semua dakwaan yang menyeramkan tadi.

Dan yang benarnya, keputusan memang hanya akan diketahui dua bulan lagi kerana pihak hospital tidak berjaya mendapat keputusan sebab kematian. Setakat ini, hanya sampel darah A di ambil untuk di uji. Ujian cuba membuktikan samaada ada bahan lain yang menyebabkan kematian A. 

Difahamkan A mengambil pelbagai jenis ubat sebelum ini seperti ubat migrain, ubat tidur, vitamin dan sebagainya. Kemungkinan ada ubat-ubat yang ambil tidak bersesuaian dengan badannya. Ada juga kemungkinan ubat yang diambil telah tamat tempoh dan dalam keadaan terdedah akibat tidak disimpan dengan baik. 

Dan yang pasti, aku terjumpa semua kunci rumah dan kunci kereta A di dalam biliknya pada 02 September, ketika aku dan J membersihkan bilik berkenaan. Maka jawapan kepada spekulasi adalah juga tidak benar..Kunci pendua kereta A juga ada di dalam almari biliknya. Tak mungkin orang ketiga dimaksudkan sblm ini masuk dan meletakkan kembali kunci berkenaan, kerana sejak kejadian aku telah menukar kunci rumah aku yang tiada pendua.

Mmmm pada 2 September, aku dapat tahu daripada J yang pada 29 Ogos, A ada menghubungi Mak Ngah dan Mak Lang nya sekitar tengah hari tarikh berkenaan dan mengadu tidak sihat. Jadi aku berpendapat, A meninggal dunia dalam tidur selepas panggilan telefon berkenaan kerana telefon dan dompetnya diletakkan bersebelahan tilamnya.

Yang penting, ahli keluarganya tidak rasa ingin tahu langsung punca kematian A. Yang meninggal biarkan meninggal. Sebaliknya mereka lebih kepada terpanggil mendoakan A agar ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.. Itu lebih penting...Insyaallah.


p/s:: no words 




Monday, September 3, 2012

[ Cerita tentang A - PART I ]

::


"RUMAH KAMI, aku dah bayar deposit la..!" disusuli hilai ketawa..
"Ye la..aku tengah biasakan la ni.." Jawab aku tersenyum.

Ceritanya begini.


Setelah hampir setahun aku tidak mempunyai penghuni kepada bilik ketiga di apartment milik aku sendiri, akhirnya kawan lama aku yang juga kawan kepada rakan sekolej aku dahulu, tetiba menghubungi aku. 

Kring.. kring..

Biar aku namakannya sebagai A. 

A buat panggilan telefon kepada aku kata nak sewa rumah aku, bilik ketiga apartment aku pada Sabtu yang lalu, 25 Ogos. Dia berniat mencari kerja di KL. Dengan pantas aku setuju memandangkan aku sendiri mengalami masalah kewangan bagi menimbal semula finacial aku untuk beberapa bulan ni dan akan datang disebabkan pertukaran tempat kerja baru dan sebagainya.

Dan berlaku juga dengan pantas, A kata nak datang bawak barang masuk ke rumah aku Ahad minggu tu jugak, 26 Ogos. Aku setuju sebab A sanggup bayar sewa bilik dengan harga yang disebut aku beserta dengan deposit satu bulan.

Esoknya tepat jam 9 pagi, A tiba di perkarangan apartment rumah aku. Aku pun tolong angkat barang-barang A ke atas. Aku lihat banyak jugak barang-barang A. Macam nak tinggal lama.

Selepas selesai di situ, kami secara suprise pergi ke rumah kawan baik A yang aku namakan sebagai J. J adalah orang yang mencadangkan supaya A tinggal dengan aku memandangkan rumah J dah occupied. Kalau tak, sure A akan tinggal dengan J.

Setibanya dia rumah J yang berdekatan sahaja dengan rumah aku, J terkejut campur seronok dengan kehadiran A. Kami terus gerak ke luar untuk membeli peralatan asas untuk A seperti bantal dan tilam untuk A tidur pada malam pertamanya di KL.

Habis di situ.

Dipendekkan cerita, dia berjaya dipanggil ke satu sesi interview di tempat kerja aku pada hari Selasa 28 Ogos, setelah resume A aku submit pada 27 Ogos. ( Dan dengar cerita A telah pun diterima bekerja. HR khabarnya sedang memproses pengambilan A.)

Sebaik habis interview, dia bertemu dengan J dan menghabiskan masa bersama J sehingga 11 malam dan pulang ke rumah KAMI selepas itu kira-kira jam 11 malam 28 Ogos.~dia pernah beberapa kali betulkan ayat aku sbb aku selalu mention 'RUMAH AKU' setiap kali berbual pasal rumah.. 
"RUMAH KAMI, aku dah bayar deposit la..!" disusuli hilai ketawa..
"Ye la..aku tengah biasakan la ni..KAMI KAMI KAMI." aku senyum.

Aku secara kebetulan pulang lewat selepas tamat kerja jam 6 petang 28 Ogos. Sampai di rumah aku check bilik A berkunci, maknanya A ada di dalam bilik. Kalau A tiada di dalam bilik, bilik berkenaan akan ditinggalkan tidak berkunci, memandangkan kunci bilik berkenaan aku tak jumpa dalam simpanan aku sebelum ini. 

Malas mengganggu privasi A, aku masuk bilik aku dan tidur.
Habis juga di situ.

Seperti biasa juga 29 Ogos harinya, aku ke tempat kerja. Balik sahaja kerja, aku sempat singgah di IKEA, dan pulang sekitar jam 10 malam. Masuk sahaja ke rumah aku sudah terhidu bau busuk -aku namakan bau tidak sihat- aku terfikir bau itu datang dari sinki umah aku sbb banyak pinggan yang tak berbasuh sejak sebelum raya lagi. Seperti biasa aku singgah di hadapan bilik A dan melihat biliknya terkunci.

Malas mengganggu privasinya, aku terus masuk bilik aku, mandi dan tidur.
Habis di situ bagi hari bertarik 29 Ogos.

Keesokkan paginya 30 Ogos, buka sahaja pintu bilik aku untuk keluar ke tempat kerja, aku seakan terbau bau tidak sihat yang sama seperti semalam. Tak endah, aku terus sahaja ke pejabat. Dan tamat sahaja waktu kerja, aku terus ke aktiviti mingguan, bermain Volleyball di Tasik Tititwangsa, KL.

Selesai bermain, makan, minum dan melihat bunga api malam Merdeka, aku terus pulang ke rumah. Menjejak kaki di pintu utama apartment rumah aku. Bau tidak sihat pagi tadi semakin kuat. Hati mula mencarut-carut benda yang tak logik dan merapu-rapu tentang A.

Memandangkan biliknya masih juga terkunci, yakin dia di dalam biliknya tidur, aku terus bersihkan diri dan tidur sebab penat, lewat dan malas.
Habis 30 Ogos.

Mujur 31 Ogos, aku bercuti, aku bangun lewat sehinggakan hanya terjaga ketika Azan Solat Jumaat!! Pantas bersiap, aku segera keluar bilik dan bau tidak sihat semalam bertambah la kuat. Cuba membenarkan jangkaan malam tadi, aku segera mengecas handphone yang kehabisan bateri sejak malam semalam dan terus ke Masjid berjalan kaki.

Ketika itulah hati aku berdetik, langsung memikirkan bau tidak sihat tersebut adalah A yang telah meninggal dunia.. Astaqfirullahhalazim! Cuba juga menafikannya, namun sebaik melintasi kereta A yang dipakir kemas di bahu jalan, hati jahat aku berkata A sudah meninggal! dah meninggal!, bau tidak sihat itu adalah bau tubuh A..!

Selesai sahaja solat Jumaat, langkah aku pantas sahaja pulang ke rumah. Jejak langkah kaki pertama ke dalam rumah, aku disambut dengan bau yang sama dan ia tetiba memang menakutkan aku. Pantas sahaja handphone dicapai, aku menghubungi  J. J katanya juga tidak mendapat balasan sms daripada A sejak 2 hari lalu. 

Semakin membenarkan.

Yakin dengan hati yang jahat, aku menelefon semua rakan terdekat aku, namun tidak berjawab. Entah kenapa, aku sangat takut dengan situasi berkenaan. Aku duduk sahaja di balkoni rumah tidak berganjak seinci pun. Sesekali aku melihat lalat melintasi hadapan mata aku dan  masuk ke dalam rumah dan kemudian keluar semula beberapa saat kemudian. Sesekali lalat lain pula berbuat yang serupa. Burung layang layang yang terbang berhampiran rumah aku juga aku jadikan alasan membenarkan sangkaan aku.

Setelah gagal menghubungi semua rakan, aku menghubungi kakak aku yang berada di Puncak Alam dan dengan pantas dia berkata, akan ke rumah aku dengan kadar segera. Akhirnya sahabat aku membalas panggilan dan nekad untuk datang ke rumah aku bersama J. Dia juga telah menghubungi pihak POLIS dan menasihatkan aku supaya tidak membuka bilik A.

Sahabat aku dan J tiba lebih awal, kemudian disusuli sepasukan POLIS yang dihubungi, menjadikan kawasan rumah aku diselebungi tanda tanya jiran tertangga dan orang ramai. Pantas sahaja masa berlalu aku rasa, pintu bilik A dipecahkan POLIS...

Dan ramalan aku benar, detik hatiku juga benar, sangkaan hati jahat aku juga benar, A  kini tidak lagi bernyawa hanya susuk tubuh yang terbiar yang tertinggal. 

J terduduk menangis menerima perkhabaran tersebut.

Rakan lain terdiam dan sambil berpandangan sesama sendiri.

 " Sesungguhnya dari Dia kita datang, Kepada Dia kita kembali..."
Kesal.
Kerana aku tidak mengesannya lebih awal...

Maaf.
Aku tak sengaja. 
Sumpah aku tak sengaja.

Dan cerita yang sama juga berulang kali aku mengucapkannya tanpa jemu ketika ditanya oleh sesiapa sahaja yang bertanya pada aku ketika itu. Saat cerita ini telah tersebar di kejiranan aku, juga sahabat-sahabat A yang hadir, satu persatu dari tadi aku tetap tidak jemu bercerita, termasuk keluarga A yang memang ditentukan oleh ALLAH berada kawasan berdekatan meskipun mereka tinggal nun jauh di Utara.

Memang sukar untuk mengingati perkara yang aku lakukan sepanjang minggu lalu ketika disoal siasat Pegawai Polis ataupun anggota mata-mata, termasuk ahli Forensik. Tak kurang ada yang merakam perbualan aku secara tersebunyi..! Terkial-kial juga aku mengingati tarikh-tarikh bersama A dan apa yang berlaku ketika aku di rumah bersama A. 

Cuma rasanya berbanding sebelum itu, kali ini, aku pandai pula mengira tarikh-tarikh akhir di bulan Ogos 2012.

Pelbagai andaian demi andaian dibuat berhubung kematian A, memandangkan banyak buah fikiran dan pandangan sisi rakan-rakan A. Namun menulisnya aku cerita ni bukan berniat nak mengaibkan A, apatah lagi memburuk-burukkan A dan keluarga. Aku cuma sekadar berkongsi cerita dan pengalaman yang aku kira meninggalkan trauma dalam hidup aku.

Peliknya perkara ini memang tidak pernah dijangka berlaku dalam masa terdekat ini, tp sumpah aku pernah terfikir ia akan berlaku...!! 


::


p/s:: Pengalaman tidur bersama mayat dalam satu rumah selama dua malam berturut-turut.


Tuesday, August 28, 2012

[ KDS1M - KAD DISKAUN SISWA 1MALAYSIA ]


::



Mmmmm tiba-tiba muncul satu lagi 'effort' daripada kerajaan apabila cuba memperkenalkan KAD DISKAUN SISWA 1MALAYSIA- KDS1M kepada semua pelajar IPT dan IPTS di Malaysia.

Kalau ada yang mulut jahat tu mesti cakap ni 'gula-gula' baru untuk student IPT sblm Pilihan Raya Umum nanti. Maklumlah puak yang satu lagi tu sama hebat jugak menabur janji manis, bulan bintang dan mcm-mcm benda kat student IPT. Pasal PTPTN sbg contoh. Tak kurang, ada gak menawarkan pembelian kereta tanpa tax.! Memang kalau nak ikutkan tawaran tu menarikkk sangat, tp mampu ke semua 'Janji Ditepati' ? hihi

Aku selaku one of students IPT yang 'masih' lagi student ni tentunya menadah tangan sebesar Stadium Bukit Jalil untuk terima semua benda yang menarik ni. Macam Voucher Student 1Malaysia sebelum ni.. tp dah abis selamat beli alattulis dan buku-buku cerita adik aku. Aku? Beli pen je..!


SEDIKIT FAKTA KDS1M

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M). Pelancaran kad KDS1M itu adalah idea mahasiswa sendiri menerusi Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK).

Ia dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 1.5 juta pelajar IPT awam dan swasta seluruh negara.

Setakat ini 51 syarikat sudah menyertai KDS1M yang menawarkan potongan harga antara 5-60 peratus bagi pembelian buku, alat tulis, pakaian, makanan, produk IT, penginapan dan kesihatan.

KELEBIHAN KDS1M

1. Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) bakal mendapat diskaun sehingga 60 peratus untuk pelbagai produk menerusi Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) berkenaan.
2. Membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.
3. Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) juga akan diberi kepada pelajar sarjana dan doktor falsafah.

INFO MAKLUMAT KAD DISKAUN 1MALAYSIA (KDS1M)

1. Bagi mendapatkan diskaun pembelian, pelajar hanya perlu menunjukkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) bersama kad pengenalan sahaja.

2. KDS1M diberi secara percuma dan diskaun kepada pelajar-pelajar IPT warganegara Malaysia yang mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas.

3. Kad diskaun ini akan diedarkan kepada pelajar pada September 2012.

4. Tidak banyak syarat dan tidak perlu cara membuat permohonan kerana secara automatik maklumat pelajar disalurkan IPT kepada kementerian.

5. Kad diskaun siswa 1Malaysia ini akan diedarkan melalui IPT masing-masing.

6.Turut diberikan kepada penuntut institut latihan perguruan (IPG), politeknik, Maktab Kerjasama Malaysia dan Institut Latihan Perindustrian.

7.Kerajaan juga bercadang memperluaskan kad diskaun itu kepada pelajar asing di negara ini.

p/s:: Banyak plak singkatan perkataan dan tanda '  ' hihi ;p

Saturday, August 25, 2012

[ nasi ]

::

Ha ni la nasi goreng tomyam yang sedap sangat tu yang aku xdpt makan mlm kelmarin sbb ramai sangat orang.

Nasi goreng tomyam ni yg terbaik pernah makan. Pernah try tempat lain. Tapi ini lagi sedap. Ditambah dengan sambal belacan dia lagi la sedap. Telan air liur aku dibuatnya.

Dapatkan nasi goreng tomyam ni di kedai Abe Tomyam di Sri Damansara, berhadapan CIMB Bank Sri Damansara. Harga berpatutan. Mari mari mari..! Hihi

::

Friday, August 24, 2012

[ malunya..! ]


::

Lupa plak nk cerita.. malam semalam selepas status aku kt FB tu, aku terus g Mc Donald area umah aku. Dah nama makanan segera kan, kompom la segera dapat makanannya berbanding restoran-restoran Tom Yam yang mana musim2 raya ni masih banyak yang tutup. 

Apa tak nya, salah satu kedai yang aku pi malam tadi, si waiter dia tu sblm ambik order makanan aku, siap tanya aku.. 
''Abang, takpe ke kalau order nak kena tunggu lama..?"
"Dah kenapa ? " tanya aku.
 "Sekarang ni waiting order dok ada 15 order tak masuk yang bungkus lagi tu.." 
Speaking LONDON uolss..Terdiam gak la aku dalam 10 saat, bukan sbb dia cakap LONDON, tp dok pikir nak tunggu ke tak. Nasi Goreng Tomyam makcik ni memang terbaek ni, aku plak memang dah lapar sangat, sanggup ke tunggu? kang tak pasai roboh plak bumbung kedai makcik ni kalau dah lambat sangat.

"Takpe la bang, makan tempat lain la.." sambil berlalu hampa..katakau..! 


Sampai Mcd, aku tgk ok la tak ramai..aku pon berbaris. Sblm ni dah makan dah McD ni masa bukak posa sblm blk kampung beraya aritu..Aku makan GCB..yang jarang dok ada kat Mcd tu..

Disebabkan aku ni cepat naik marah, aku memang bengang giler dengan pengambik order dia yang lembab disebabkan lemah lembut, sopan santunnye kalau mak mertua tengok memang nak buat menantu la, confirm! Cukup sifatnya kalau nk masuk meminang! huh. 

Pastu ditambah plak dengan sorang customer depan aku tu yang memang tak bleh blah. Aku ingat budak laki yang dok belakang dia tu customer lain, rupanya boyfriend dia. Bila awek ko tanya nak makan apa..ko dgn slamber jawab tak nak makan.. Dah tu? kenapa ko nk berbaris jugek?? Tak paham aku.

Awek tu plk memang tambah naik darah aku bila dia kena bayar RM15.45 terhegeh-hegeh dengan beg LV dia. Ntah yg fake punya ke ori tak tau la plak aku. Dalam beg LV dia tu ada wallet plak, sekeping-sekeping dia keluarkan duit kertas dia. Aku ingat dah settle dah, pastu nk bayar 45 sen plak, kena kluarkan beg duit lain plak. Ada beg syiling puleeek..

Terhegeh-hegeh dok godek beg LV dia cari beg syiling dia..Adoiii.. Perlu ke??

Disebabkan aku bengang, aku pun buat muka la kat awek tu, apa lagi. Tiba turn aku, aku dengan selambanye mengorder..
" Saya nak GCB Beef satu.."
Tetiba mamat Mcd tu dengan awek yg tgh tunggu order GCB dia kat sebelah aku tercengang-bangang tgk aku. Ada la dalam 5 seconds diaorang tercengang.

Laa tp dah kenapa? 
"Bang.. GCB tu 'Grilled Chicken Burger', so sah2 la takde kategori 'beef'..''  
"Oooooo kalu camtu bagi saya GCB ayam je la.."
Ayat tak nak kalah.
Konon-konon 'GCB beef' dah abis.. sambil belek-belek wallet sbb malu gile kot..
Tadi beriya buat muka bagai..sekali mintak GCB beef???!!!! Apakaaaaaah????
MALU GILE WEI.
Rasa macam nak balik je terus..! 

Lepas order sampai je..terus aku cari port tersorok yang dekat-dekat tempat basuh tangan tu..! Tapi tergelak jugak aku sorang-sorang, sambil makan GCB ayam aku hahahahahaha

 

Aku nak sangat makan GCB Beef sbb aritu makan GCB ayam tak sedap sangat.. haihh..!


p/s:: GCB tu = GEMOK, Chubby, Besar.. so tok sah la hangpa pi beli ;p