[ U FOLLOW ME..]

Sunday, December 25, 2011

[ kesilapanku.. ]

[

ari ni aku nk bercerita pendek je la..

masa reading news kul 12 tgh hari, hari sabtu 24 disember tadi..aku dah terbuat silap la plak..sapa2 yang tgk news tgh hari tu mesti perasan ada xkena.. yang xtgk tu xleh buat apa la..kira korang ni tak membantu menyumbang rating news kitaorang la ni....haha

Ok tp macam mana aku nk cerita ye.. sbb maybe sapa yang bukan berada dalam bidang broadcasting, terutama bg production team news, maybe kurang paham cerita yang aku citer ni..tp takpe korang masih boleh belajar..aku akan sertakan gambar2 kesilapan aku tu.

ceritanya camni, kesilapan yang berlaku tu jadi masa aku tengah baca berita luar negara. Disebabkan ada beberapa kesalahan teknikal di sebalik tabir production berita tv9 tadi..aku tak perasan yang story aku tgh baca tu visual dia tak di 'on air' kan kat TV lagi. Aku just assume rakan2 di belakang tabir dan roll visual story tu..tp rupanya mesin utk roll tu jadi 'hang'!! so visual tak boleh roll..

tp aku dgn selambanya mintak skrip utk story lain dari kawan aku yg ada kat luar set berita tu sambil baca story yang tak di roll tu...makanya memandangkan visual tu tak boleh di roll, satu malaysia nampak la aku terkinja2 mintak skrip.. adoooooi..

tambah plk time tu bos pon perasan..bos aku ni apa lagi naik la hanginnya wei..kesalahan mistake yang tak boleh diterima.

Patutnya aku kena pandang lampu kat kamera tu..kalu menyala tandanya masih aku di kaca tv..tp aku ni tk perasan la plk.. sibuk nak mengeja perkataan2 kat skrin (prompter) aku tu..!! haha

Dan yang penting aku tak perasan pon semua tu berlaku till aku masuk opis pas news abis, kawan2 aku bgtau yg aku terkinja2 macam misha omar naik antu masa nyanyi tu..

bila tgk balik rakaman tu memang coiiii la..malu pn ada adoii

ni kronologi cerita aku tadi hihihi..

pic mula2 ni steady lagi mintak skrip dari member aku yang kat luar set.. ;p


hah pastu aku siap terus bergerak lg ambik skrip dari dia sbb dia dok jauh sangat..
nasib baik tak keluar dari set..kalu tak lg mamposs la aku dgn bos wei.


pic ni plak kira dah dapat la skrip..tanpa tau yg aku dah buat silap..hihi


oooo ok then aku kembali cool ni, tak rasa salah..and terus baca dgn confidentnya..haha

elok abis je story tu, next story aku baca suara aku plk tak kluar kat tv. kata nya bateri mic abis..ataupun ada masalah teknikal lain..

aku yg tak tau apa ni.. baca la smpai abis story..
tup2 abang audio tetiba terus masuk dalam set and check mic aku..terkejut gak aku tetiba je masuk set ni..
rupa2nya xperasan dan iklan rupanya..hampeh tul la..hahahaha


haih..pastu ptg tu plk aku terima call dari adik aku yg 8 tahun tu..si RAFIQAH tembam yg becok tu..ingt nk call pasai apa, rupanya call aku sbb nk tanya pasl news tgh hari tadi..

penonton setia katanya...asal news tv9 je mesti on tv, dia mesti tengok..yang penting dia tanya aku..

"abg..yang tadi tu abg ambik surat apa..?"


"surat? surat apa?"


"ala.. yang masa baca berita td tu..? surat apa abang ambik..?"

"hahaha tu bukan surat la..skrip berita.. hahaha"

"ooo ye ka..?"
~~ tp aku tahu dia tak paham apa tu skrip..

hahahaha rafiqah oo rafiqah.. kipochi tul la ko ni..

dan yang sempat di rakam..muka aku yang RENGSAAAAAA...!kah kah kah..!!



OXOX

2 comments: