[ U FOLLOW ME..]

Sunday, December 25, 2011

[ kesilapanku.. ]

[

ari ni aku nk bercerita pendek je la..

masa reading news kul 12 tgh hari, hari sabtu 24 disember tadi..aku dah terbuat silap la plak..sapa2 yang tgk news tgh hari tu mesti perasan ada xkena.. yang xtgk tu xleh buat apa la..kira korang ni tak membantu menyumbang rating news kitaorang la ni....haha

Ok tp macam mana aku nk cerita ye.. sbb maybe sapa yang bukan berada dalam bidang broadcasting, terutama bg production team news, maybe kurang paham cerita yang aku citer ni..tp takpe korang masih boleh belajar..aku akan sertakan gambar2 kesilapan aku tu.

ceritanya camni, kesilapan yang berlaku tu jadi masa aku tengah baca berita luar negara. Disebabkan ada beberapa kesalahan teknikal di sebalik tabir production berita tv9 tadi..aku tak perasan yang story aku tgh baca tu visual dia tak di 'on air' kan kat TV lagi. Aku just assume rakan2 di belakang tabir dan roll visual story tu..tp rupanya mesin utk roll tu jadi 'hang'!! so visual tak boleh roll..

tp aku dgn selambanya mintak skrip utk story lain dari kawan aku yg ada kat luar set berita tu sambil baca story yang tak di roll tu...makanya memandangkan visual tu tak boleh di roll, satu malaysia nampak la aku terkinja2 mintak skrip.. adoooooi..

tambah plk time tu bos pon perasan..bos aku ni apa lagi naik la hanginnya wei..kesalahan mistake yang tak boleh diterima.

Patutnya aku kena pandang lampu kat kamera tu..kalu menyala tandanya masih aku di kaca tv..tp aku ni tk perasan la plk.. sibuk nak mengeja perkataan2 kat skrin (prompter) aku tu..!! haha

Dan yang penting aku tak perasan pon semua tu berlaku till aku masuk opis pas news abis, kawan2 aku bgtau yg aku terkinja2 macam misha omar naik antu masa nyanyi tu..

bila tgk balik rakaman tu memang coiiii la..malu pn ada adoii

ni kronologi cerita aku tadi hihihi..

pic mula2 ni steady lagi mintak skrip dari member aku yang kat luar set.. ;p


hah pastu aku siap terus bergerak lg ambik skrip dari dia sbb dia dok jauh sangat..
nasib baik tak keluar dari set..kalu tak lg mamposs la aku dgn bos wei.


pic ni plak kira dah dapat la skrip..tanpa tau yg aku dah buat silap..hihi


oooo ok then aku kembali cool ni, tak rasa salah..and terus baca dgn confidentnya..haha

elok abis je story tu, next story aku baca suara aku plk tak kluar kat tv. kata nya bateri mic abis..ataupun ada masalah teknikal lain..

aku yg tak tau apa ni.. baca la smpai abis story..
tup2 abang audio tetiba terus masuk dalam set and check mic aku..terkejut gak aku tetiba je masuk set ni..
rupa2nya xperasan dan iklan rupanya..hampeh tul la..hahahaha


haih..pastu ptg tu plk aku terima call dari adik aku yg 8 tahun tu..si RAFIQAH tembam yg becok tu..ingt nk call pasai apa, rupanya call aku sbb nk tanya pasl news tgh hari tadi..

penonton setia katanya...asal news tv9 je mesti on tv, dia mesti tengok..yang penting dia tanya aku..

"abg..yang tadi tu abg ambik surat apa..?"


"surat? surat apa?"


"ala.. yang masa baca berita td tu..? surat apa abang ambik..?"

"hahaha tu bukan surat la..skrip berita.. hahaha"

"ooo ye ka..?"
~~ tp aku tahu dia tak paham apa tu skrip..

hahahaha rafiqah oo rafiqah.. kipochi tul la ko ni..

dan yang sempat di rakam..muka aku yang RENGSAAAAAA...!kah kah kah..!!



OXOX

Friday, December 23, 2011

[ kenangan lama mengusik ]

[

10 disember aritu aku berpeluang g kawan aku kawin kat Selama Perak. Dia ni kira bestfrend gak la..masa nak exam SPM 2000 dulu tu selalula study sama2 kat surau asrama..kat situ terang benderang..siap boleh baring2 sambil baca2 buku. Tapi yang hadooo nya ramai gak yg tidooo...! termasuk la aku!! hahaha.

tapi.. aku bukan nak cerita yang tu..tp pasal aku yg berpeluang g sekolah lama aku kat Taiping tu.

Ye la dah lama benor aku tak g sana. xsilap last aku pi sana, masa aku ambik result SPM je la kot.. tp masa tu budak sekolah lagi.. dah dekat 11 tahun kot.. then aku memang tekad la nk p pas kenduri.. aku beriya sangat nak datang, sbb banyak sangat kenangan yang best2 kat sana..!

OMG..! aku dah mula senyum sorang2 ni hahahahaha...

sekolah tu..ialah...

Sekolah Teknik Taiping..!Yeah..! hihihi



Actually..kisah nak masuk sekolah tu pun dah kira ada drama la..sbb dulu aku xmau masuk sekolah ni sbb konon nk jadi doktor la,nk kejar cita2 masa darjah 1 dulu..hihi xmain la jurutera..xcool..hihi

tp bapak aku ni macam nk sangat aku masuk sek teknik ni termasuk la kakak aku.. aku ingat lagi malam sblm p daftar kat sekolah ni.. bapak aku ckp..

" terpulang nk p ke tak nak..tp best semua kemas dulu..kalu rasa nk p..gerak aku kul 4 pagi esok kita p..kalu tak nak tak payah...tp aku rasa elok p"


hihi sebenaqnya dia memang nk aku p.. ayat double meaning sangat..!

aku pun p la.. masa form 3 aku ngan kawan2 aku memang pilih teknik taiping la masa isi form teknik.. dalam ramai2 5 orang kami yang dapat.. dan dalam 5 orang tu last2 sekali..aku la yg first smpai n daftar dari diaorang.. walaupun aku dah bgtau diaorang aku xjadi nk p..

terkejut gak la diaorang aku sampai awai..!mana tak awai..kul 4 pagi dah gerak.. bapak aku ni memang jenis on time tau.. daftar kul 8 pagi.. kul 7 pagi dah smpai..wakakaka..aku pun kekadang terikut perangai dia..!



berbalik pada citer aku buat lawatan semula..actually xde pape pun, cuma berpeluang ambik pic je..ni aku kongsi sikit pic yang ada..maklum la zaman sekolah dulu kamera xde sangat..nk cuci pun mahal..kalu nk masuk blog kena scan plak adooi..!

Ni gambar bangunan kelas aku.. kat bangunan paling atas tu adalah kelas budak form 4 dan 5 Kejuruteraan Awam 1 dan 2,n Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik-PKE.

Best gak la, bangunan dia ni kalau time tahun 2000 dulu tu.. kira unik la dari sekolah lain. sekarang sekolah dah macam2 bentuk dah. hihi

Bila ingat2 balik penah ada kesah masa form 5, ada budak pompuan kelas aku yg kena baling buku dia dr atas oleh cikgu MATEMATIK aku, sbb xsiap keja sekolah.. ganaz gak cikgu tu walaupun dia lembut..
hihi tp aku dapat A1 matematik pun sbb dia la..thank Mr Yam...!!







Pas g lawatan ke kelas.. aku g padang sekolah.. tempat ni kira tempat atlet2 hebat mempamer kehebatan dan kemachoan masing2 ni..!sbb time ni la budak2 pompuan mula ushar2, ckp2, pilih2 mana satu laki yg nk dijadikan buah hati masing2..

maklumla sapa jadi atlet sekolah, glamor wei..terutama budak bola sepak..huh..! rengsa..!! Tapi budak bola mesti couple ngn budak bola jaring, tipikal sangat..haha pastu kalu menang bertambah la lagi glamornya..time perhimpunan sekolah ari isnin, mesti ada acara penyampaian hadiah..

time tu baju dibasuh bersih diseterika kemas n rambut disikat rapi..! hahaha aku ada pengalaman tu wei..sbb aku pun atlet gak..kegilaan ramai gadis..! hahahaha perasan jah..!





Hah ni la tempat awek2 teknik taiping dok scan..! haha..

tp kat sini aku ada pengalaman sedih gak..tp xleh la nk citer, nanti xbest la plk..lagipun itu kenangan yang xleh citer..biar aku je yang tahu..hihi



Tp untuk pengetahuan, aku pun atlet gak apa..dengan kehadiran aku..SEKOLAH TEKNIK TAIPING jadi JOHAN SOFTBALL dua tahun berturut2 ok..1999-2000 hokaaay..!

kisahnya kami ni berlatih dalam masa 7 HARI je sebelum kejohanan dengan sebahagian besar ZERO knowledge pasal game softball tu.. tp kami masih boleh menang.. sebabnya ada dua pemain berpengalaman..iaitu AKU n KHAIRI OTHMAN. selaku PICTHER and CATCHER..! hahaha

and aku jugak pemain BOLA TAMPAR sekolah untuk kedua-dua tahun walaupun time tu hanya aku sorang je wakil sekolah dari FORM 4.. yang lain senior.. hihi masuk bakul angkat sendiri nih..! Haha tapi xjohan la pulak.. sbb nya CINA2 Taiping lagi teror n besar2 n tinggi2.. tp time tu MRSM TAIPING gak juara..!



Tengah jalan2 ambik gambar jumpa cikgu Bahasa Inggeris aku masa form 5. Apa ke nama nya..ala aritu aku ingt ni dah lupa..mm TQ cikgu sbb ajar saya walaupun english aku ala2 je..! haha..

yg penting Husband cikgu aku ni PEMINAT SETIA BERITA TV9..ok !!! walaupun dia tak kenal aku hahahahaha.

Tapi aku dh pesan siap2, jangan lupa peratikan balik rupa aku ni ketika HUJUNG MINGGU hahaha..dia kata OK no problem kalau TAKDE KENDURI la..

pulakkkkk..??? hihi



Then bila sampai kat kawasan asrama tercinta aku ni, aku dah mula rasa seronooookkkk sangat!!!!

Di sini la segala2 bermula..kehidupan aku, suka duka aku, gelak tawa nangis..kematangan aku dan macam2 lagi.....



Dari form 4-5 dorm aku adalah DORM GEMILANG..memang gemilang..!hihi

yang penting bila masuk kawasan ni masa dtg aritu, AROMA dia tu sama la dengan AROMA 11 tahun dulu.. Aku betul2 dapat rasakannya.. terutamanya masa lalu kat area toilet asrama..haha memang sama..!

terus kenangan2 lama mengusik jiwa masuk dalam pala otak aku..best2...aku senyum sorang2 lagi nih..! haaaiihh!





Dan masa nak balik tu aku lalu kat beberapa kawasan yang sangat mengingatkan aku kepada kenangan2 utama yang memang aku kena ingat smpai bila2..

Antaranya..PUBLIC PHONE..!! haha haih public phone ni mmg legend..dulu public phone ni paling glamor la..semua orang nk pakai.. maklumla mana nk ada handphone lagi time tu.. rumah aku kat Perak tu pun pakai talian tetap lagi..

so yang menjadi lagendnya tipon ni ialah dia boleh buat panggilan telefon selama mana sekalipun, dengan hanya gunakan duit 10 sen dan jarum peniti..!

hahaha aku pun xtau macammana diaorang buat and sapa orang pertama yang buat..aku just belajar skill dia je. lgpun rumah aku jauh kot. kalu nk tipon mesti kena ada bnyk duit syiling.. dan dengan hanya belajar beberapa jam je aku dah berjaya buat..! teror2

nak tau camna?

Hah caranya masukkan duit syiling, cucuk jarum kat button * atau # smpai dgr bunyi karen2 skit, then terus dail..bile dah dapat call..tarik balik jarum tu..then terus ckp lama2 smpai leguh berdiri..ye la kan xde kerusi..

Ada yang aku penah mmpak dari dorm aku..tengah hujan lebat ribut petir pun ada orang bergayut..free la tiew..!

Ye la semua dah tau skill tu kan..aku kekadang dah kena tolong orang lain buat plk sbb diaorang nk call family katanya..walaupun dah ajar bnyak kali masih xmampu hadoiii...nasib aku teror..!



dan kerusi ni plak tempat kitaorang lepak time rehat....time rehat? apsal xrehat kat kantin je? pelikkan? hai memang la kalau rehat lepak kat kantin..masalahnya kantin sekolah ni KECIK NAK MAMPOSSS! time rehat memang coi la..mana muat..so semua orang lepak kat kerusi2 yang menghadap padang bola tampar ni je..

Dan aku penah merakam gambar di tempat yang sama n kerusi yang sama, kedudukan yang sama, posing yang sama.. pelik la kan? dah 11 tahun kerusi ni masih ada.. walaupun kantin dah ada yang besar..!

tp bagus gak..hihi leh ambik gambar..!



Akhir sekali aku dah puas..walaupun xpuas sepenuhnya sbb time tu time cuti sekolah..aku pun balik..

Terima kasih kepada semua cikgu2 yang sanggup mengajar aku sehingga jadi orang yg berguna ari ni.. ye ke?? waaaaaalaupon ajaran cikgu tu, saya tak gunakan masa kerja ni..

Ye la kan, keja hari ni memang lari benor bidangnya..sepatutnya jadi jurutera ke, apa ke.. sesuai la kan..haha tapi takpe saya memang suka sekolah ni sbb kawsasan dia sejuk je..ada banyak gunung ganang..time hujan adalah mood paling bset sekali..!

Aduh aku udah mula kangan deh..

KANGAN SAMA KAMU..!!



XOXO

Saturday, December 17, 2011

[ ARIFF ALFIAN ROSLI ]







Mmmm bila tersiarnya pic si ariff alfian rosli ni yang dikatakan kawin dgn kaum sejenis di DUblin..aku terpanggil plak nk tulis blog walaupun dah berkurun aku tak pernah tulis dah sbb malas nya alahai..

tapi kali ini aku bukan nk komen pasal perkahwinan dia ni dgn pasangannya Jonathan ni yang terang2 salah dari hukum agama islam dan agama si jonathan tu..

aku nk komen dari segi gambar yang tersebar tu..bagi aku itu semua gambar super impose dia dan mamat tu..maksud aku memang diaorang berdua ambik pic peluk cium n sbgnya..tapi pic belakang diaorang tu yg lain..maknanya diaorang ni ambik pic berdua kat studio pastu paste kan kat gmbar belakang tu konon2 senang buat majlis kawin..ramai kawan2 dtg..lgipn sebelum ni paderi malaysia yang kononnya nk kawin 31 ogos lepas pun xjadi kawin...ni kan pasangan ni ntah sapa2...nk kawin plk?

persoalannya kenapa nk super impose? mungkin nk naikkan kemarahan orang islam? atau pun saja suka2 utk koleksi peribadi tapi telah tersebar? ataupun mmg ye kawin..tp secara sivil? ke nk cari glamor macam pelajar2 tajaan luar negara sebelum ni gak..mmmm tak tau la aku.

pic yang paling fake aku rasa pic yang no dua tu..yang ramai2 dok belakang dia..ala2 tak meraikan langsung..ala2 dok jauh dari diaorang..macam perkahwinan keturunan ratu elizabeth sangat..tak boleh dekat..yang penting ramai plak yg datang tu...n aku rasa baju kawan2 diaorang tu xkena dengan majlis kawin..

dan pic bercium tu plk pun sama..kat belah kiri bawah tu..ada pic kerusi n roda tu..bayang2 kerusi tu ada effect putih..itu mungkin cromarky yang tak menjadi..dan yang penting gmabar berdua tengah2 jalan2 tu..motip nk ambik pic kawin tengah2 jalan...??

dan pic yang ni plak dipercayai sblm dia kawin..kenapa kualiti pic dia tak sama..?



huh..aku akan daptkan pakar super impose untuk kenal pasti pic berkenaan utk membuktikan dia memang tak kawin..huh..!

Wednesday, April 27, 2011

[ JAZZ ]

[ DAH LAMA DAH..! ]

hahaha dah lama gile aku tak tulis blog..tetiba aku rasa nak tulis..
keh keh
sbbnya ...?

aku baru tengok flyers HONDA JAZZ face lift...
wow keta idaman tu...

yg penting TAG line dia sama dengan BLOG aku..!!

[ THIS IS ME ]


yang penting sama plak penggunaan " [ ] '' huh!
mmg nk suruh aku beli sangat la ni..


adoiii kena beli gak ni..
yang pasti KALER PUTIH...!!!

DUITNYA???? mmm~