[ U FOLLOW ME..]

Friday, August 6, 2010

[ ORANG ARAB KEKWAT LA ]



=ORG ARAB KEKWAT LA=





orang kata masa nk naik kapal terbang takut skit..tapi aku rasa ok je, rasa macam naik train, komuter je.hahaha cuma dia laju skit je...bila dah kat atas tu rasa best je tgk pemandangan bumi kat bawah, dengan lampu jalan yang banyak.





tapi yg kelakar pramugara egypt airlines ni ala2 tua haha, badan gemuk2 siap kepal botak la..macam ni pon leh jadi pramugara. plk tu aku yang duduk paling tepi asyik kena langgar ngn dia je, maklum la jalan dah la kecik dia plk besar, kasar plak tu..xsopan bila time serve.kalu buleh bukak tingkap dah lama aku tolak dia ke bawah. mesti cepat smpai ke bumi sbb dia berat hahaha



sampai kat airpot kaherah pon sama, salah isi borang di koyak je, dengan muka kekwatnya..pastu semua barang diaorang nak, selamba je mintak kat kitaorang, ada student medic tu siap nak mintak jam tgn dia lagi..apakah..? kawan aku si azley plk selamba je dia rampas pen. pen bukan lawa sgt pun, fancy skit je..tu pun dia nak..macam sial..





kalu kat imegresen plk sama je, baju kurung utk budak2 gaza pun nak curi. depan mata pon nk curi..coi kata diorang mamat arab imegresen mmg suka pow, kalu korang beli survineior banyak2 diaorang akan ambik 2-3 dgn ayat..''NICE''. pastu terus ambik, TAK MALU langsung..huh kita tinggalkan pak arab tadi dgn serbannya..eh nama je pak arab tp tak pakai serban pun..







Wednesday, March 31, 2010

[ bangang ke bangang ]

mm aku bengang giler dgn abag ipar aku...
ntah hapa hape ntah..
xsudah-sudah..

Monday, February 22, 2010

[ MNIHAIANAF ]





"my name is khan and i am not a terrorist .."

simple phrase, deep meaning..
aku baru je pas tengok citer My Name Is Khan (MNIK) kat sunway piramid.
ye la aku hairan gak kenapa kat Malaysia ni leh tgk kat dua panggung wayang je..TGV je plak tu
satu kat Sunway satu lagi kat Capsquare..

nak tak nak kena tgk gak walaupun TGV tu sempit, kerusi kecik, tak muat kaki aku nak bernafas..semua nya tak best..wayang dah start, lampu terpasang lagi..ingat ni panggung wayang kat kelantan ke..( walaupun kelantan sekarang xde panggung wayang-menurut sumber) ingat ni wayang kulit ke?
tapi nasib baik la pop corn dia sedap lagi dar GSC!..tu je la
kalu tak kerana filem tu aku tak pi la TGV..

berbalik citer MNIK, aku suka la citer ni..sebab comeback KAJOL..
citer ni semua best, gamabr tak usah nk cakap la..lawa sgt..sinematografi dia lawa, shot2 dia menarik..dari mula citer dia, dah best dah...tambahan plk si shahrukh khan tu membawa watak yg berbeza sgt2...tapi still kelakar
ayat paling best.. 'can we have sex now?'
hahaha innocent sgt bunyi nya..gelak skit la HAHAHHAHA

tapi..well.... ada tapi ok!
aku tak suka sgt citer yang ada unsur2 tak real..and tak munasabah..ada beberapa scene yang telah memotong stim aku...di kala terdetik dalam hati tersebut..'this is the best filem'
tetiba jadi tettttttttt... not a best film yet, but it ok la.. nice je la..
kalu tukar benda yang tak best tu kepada yg reality skit ok la..

tapi ada satu part tu...muka kajol macam muka ejan (kawan aku) bila tak pakai spec!! hahaha
part tu plak part agak sedey la..tapi aku tak sedeh langsung sbb aku terpikirkan muka dia macam muka ejan..hahahaha potong stim gak la..baru nak nangis2..hahaha

apa2 pun shahrukh khan berlakon memang best giler..memang pandai berlakon..!
si kajol plk..cantek walaupun dah tua skit..

so just ok lah..'
and lastly..
My Name Is Hilmi And I Am Not A Flowerist' -MNIHAIANAF

callo

Friday, February 19, 2010

[ tahukah anda ]


Tahukah anda mengamal minum secawan air

teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat
badan anda. Isyaallah jika anda
mengamalkannya, berat badan anda akan
berkurangan. (memang terbukti
keberkesanan) .

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga
kesihatan seperti membuat amalan seperti:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang
kurangnya sejam sebelum matahari naik.
Air sejuk yang meresap kedalam badan
boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita
boleh saksikan orang mengamal mandi pagi
kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas
air sejuk setiap pagi. Mujarabnya
Insayallah jauh dari penyakit (susah nak
kena sakit).

3. waktu sembahyang subuh disunatkan
kita bertafakur ( iaitu sujud sekurang
kurangnya seminit selepas membaca doa).
Ia boleh mengelak dari sakit pening atau
migrin. Ini terbukti oleh para saintis
yang membuat kajian Kenapa dalam sehari
perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah
menemui beberapa milimeter ruang udara
dalam saluran darah di kepala yang tidak
dipenuhi darah.. dengan bersujud makan
darah akan mengalir keruang berkenaan.

4. dalam kitab juga ada melarang kita
makan makanan darat bercampur dengan
makanan laut. Nabi pernah menegah kita
makan ikan bersama susu. di kuatiri akan
cepat mendapat penyakit. Ini terbukti
oleh saintis yang menjumpai dimana dalam
badan ayam mengandungi ion (+) manakala
dalam ikan mengandungi ion (-). jika
dalam suapan ayam bercampur dengan ikan
maka terjadi tidakkan balas biokimia yang
terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan
tangan dan bila habis hendaklah menjilat
jari. Begitu juga ahli saintis telah
menjumpa bahawa enzime banyak
terkandung di celah jari jari, iaitu 10
kali ganda terdapat dalam air liur.
(enzime sejenis alat percerna makanan,
tanpanya makanan tidak hadam)

Wassalam...

Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang
siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan
insyaallah tuhan akan mengandakan 10
kali kepadanya.

Wednesday, January 13, 2010

[ aku pun nak jugak.. ]


bestnya..

itu perkataan yang terdetik dalam hati aku bila baca blog zila..
terutamanya cerita pasal perasaan dia sepanjang dia mengandung..
rasa macam nk mengandung la plk...
haha..mesti best kan,
tapi hakikatnya pompuan je leh rasa semua tu..
aku nk jugak ...

macam best sgt nk dpt baby..
saat ditendang, mengeliat, berlaku sentuhan
dan bercakap dengan baby n sbgnya..
semuanya aku nampak best..
aku pun nak jugak..

pastu bila berpeluang ada anak sendiri
hasil sperma sendiri sudah pasti lagi seronok..
lebih2 lagi kalau anak macam muka sendiri
ensem, comel, cute, manis, dan semua la yang baik2
haha aku pun nak jugak..

tpi bila ye..tak sedia lagi la katanya..
xcukup ilmu didada nk jadi suami n bapak orang
ye la kan masih serba kekurangan la..
tapi sampai bila..
seronok tgk kawan2 kawin..
aku pun nk jugak..

time kawan2 kawin,
aku tgk masing2 pakai baju kawin lawa2 ..
orang ambik gmbar, semua orang happy,
post gmabar kat facebook..
gmbar kawin plak di edit lawa2..
dpt hadiah kawin,
dapat bnyak duit salam hehe

aku pun nk jugak...
serius aku nak..
hah tak, aku tak serius..

Tuesday, January 5, 2010

[ aku rindu ]


hujan kat luar berderu-deru turun dari langit Tuhan,
aku yang kesejukkan memelok bantal erat-erat dan mengerekot,
selang sekali kilat dan guruh mengejutkan khayalan aku seorang diri..

dari anjung rumah aku,
aku asyik memandang kosong..
memikirkan separuh usiaku yang dah berlalu pergi

tiba-tiba aku jadi rindu..
rindu teramat rindu..

kenang kembali saat aku gembira dan terhibur bersama,
saat berkongsi semua cerita dan ceritera,
saat ketawa dan berduka,
saat berkongsi rasa dan rahsia..

aku tersenyum sendiriaan..

mm bilakah saat itu akan kembali..
bila agaknya akan kembali..
sampai bila harus menanti..
menanti ia tidak kembali..

saat itu aku mencebik sendirian..
bertukar rasa dan perasaan..

di saat senyum dan cebikku..
aku masih sendirian..

kembali la..
tolong kembali ..
haruslah kembali..
jenguk seketika..
sapa la sementara..
sementara punyai masa..

aku rindu..