[ U FOLLOW ME..]

Monday, November 16, 2009

[ 1000 satu tandatanya ]





AKU MEMANDANG TEPAT PADA NOMBOR YANG TERPAMPANG PADA SEKEPING KERTAS BERSIH YANG DIWADAHKAN KEPADAKU. SEKIAN LAMA MENANTI KEDATANGAN KERTAS BERNOMBOR –NOMBOR TIGA, TUJUH DAN SEMBILAN, AKHIRNYA IANYA HADIR MENGIKUT PERANCANGAN DAN ATURAN HIDUPKU.

AKU PERCAYA DENGAN SEGALA YANG DIRANCANGNYA…DENGAN APA YANG DITENTUKANNYA..
APA YANG DIBERI DAN APA PULA DIHALANG..APA PULA YANG BAIK DAN APA PULA YANG MALANG MALAH AKU JUGA HAIRAN, KENAPA KEDATANGANNYA PADA MASA-MASA TERTENTU?

DULU AKU SERING SAJA MEMPERSOALKAN, MENGAPA IA TIDAK BERLAKU PADA AKU, KENAPA SUSAH SANGAT UNTUK BERLAKU..DAN KENAPA LAMBAT SANGAT BERLAKU..
SATU KETIKA DULU AKU JUGA PENAH MEMPERSOALKAN KENAPA TIDAK AKU YANG DIPILIH, DAN KENAPA PULA SUSAH SANGAT MEMILIH AKU...

BUKAN MERUNGUT, JAUH SEKALI BERANG DENGAN KETETAPAN,
CUMA KADANGKALA TERDETIK DIHATI KENAPA IA TIDAK BERLAKU KEPADA AKU..? APA PERMAIANANNYA DISEBALIK SEMUA INI..
TAPI SEKARANG..
AKU SUDAH MENGERTI..

BAGI AKU SETIAP KEJADIAN YANG BERLAKU ADA PERKARA TERSEMBUNYI..PENUH HIKMAH DAN KETENTUAN..MEMBUATKAN AKU KINI MENGERTI..

MENOLEH KEBELAKANG, MENGIMBAS SEMULA, KENANG KEMBALI TITIK-TITIK PEJALANAN HIDUPKU MEMBUAT KAN AKU HARI INI TERSENYUM,
TERSENYUM TANDA FAHAM DENGAN APA YANG DIAGENDAKAN KEPADA AKU SELAMA INI..
AKU SENYUM LAGI, TATKALA MEMIKIRKAN URUSANKU DIPERMUDAHKAN DAN DI SUSUN DENGAN BAIK OLEHNYA..AKU SENYUM

KATA ORANG KEPADAKU, APA LAGI YANG KAU MAHU KAU MINTALAH, KAU RINTIHLAH, KAU UNGKAPANKANLAH BERKALI-KALI, DAN JANGAN KAU SESEKALI RASA JEMU..
KERANA DIA SUKA KAU BERKATA-KATA DENGANNYA, SUKA MELIHAT KAU MERAYU IKHLAS, SUKA DENGAN TANGISAN PENGHARAPAN KAU.. KERANA JANJINYA KEPADA KITA…..

‘SEKALI KAU RAPAT PADAKU SERIBU LANGKAH KU RAPAT PADAMU..’

NOKTAH




Nota kaki: Eee..bila baca2 balik..ayat bunga2 la plk..membacanya berkali2 membuat aku tak selesa haha..sori la

1 comment: