[ U FOLLOW ME..]

Wednesday, February 18, 2009

[ hanya Tuhan yang tahu ]

LAGU YANG DICADANGKAN: NASYID INTEAM
"TUHAN TIDAK AKAN MEMBERIKAN SESUATU BEBAN ITU KEPADA UMATNYA MELAINKAN BEBAN ITU MAMPU DITANGGUNGNYA.. ITU JANJI TUHAN, JANGAN PERSOALKAN..''

so bila kita rasa kita sangat tertekan dengan keadan tertentu..ingatlah tekanan itu sebenarnya mampu kita tanggung..jangan merungut mahupun bersoal jawab kenapa kita harus terima semua itu kerana hanya Tuhan sahaja tahu apa yang dilakukan-Nya. Kita hanya perlu redha dengan ketentuan-Nya, maka akan datang kebaikannya selepas kita redha atas apa yang berlaku
tak kira la kita ditimpa musibah apa sekalipun, kehilangan ibu bapa, adik beradik yang kita sayangi, tertekan dengan keadaan ibu bapa yang berpisah, ditinggalkan kekasih, dihujani pelbagai masalah, tekanan hidup, kesempitan wang dan sebagainya..kita perlu ingat semua yang berlaku itu ada hikmahnya..sedar ataupun tidak, hikmah itu tetap ada..
Ingat
bila Allah cepat memakbulkan doamu...
maka DIA menyayangimu,
bila ALLAH lambat makbulkan doa mu...
DIA ingin menguji mu,
bila DIA tidak memakbulkan doa mu...
maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu..
oleh itu sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..
kerana kasih dan sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya
wallah ualam

No comments:

Post a Comment