[ U FOLLOW ME..]

Friday, March 25, 2016

[ bakat muda bola sepak ]



[ IN PERSON ]

Haikal tanam impian bermain dalam skuad senior KEDAH

Pemain Bola Sepak di Sekolah Sukan Kedah, Mohd Haikal Hakimi yang lebih dikenali sebagai Haikal merupakan bakat muda baru milik Kedah yang bercita-cita mewakili skuad senior Bola Sepak Kedah satu hari nanti.

Haikal yang dilahirkan pada 6 April 1999 sedang bersedia mempersiapkan diri ke arah itu apabila kini menyarung jersi nombor 3 di dalam Skuad Kedah U17 (bawah 17 Tahun) selain mewakili skuad bola sepak SMK Tunku Anum, Kedah.

Anak kedua daripada tiga adik beradik ini katanya sedang mengikuti jejak langkah abangnya Adam Aidil Iskandar yang kini menyarung jersi bernombor 18, Kelab Felda United bawah 21 tahun yang bertindak selaku penyerang pasukan itu.

Haikal 17 tahun, selaku anak jati Kedah menanam rasa kecintaan semangat kenegerian akan tekad meletakkan diri di dalam skuad bola sepak Kedah satu hari nanti dan akan membawa Kedah setaraf pasukan bola sepak negeri seperti JDT (Johor Daru Takzim).

Kejohanan terdekat bakal diwakili Haikal adalah Majis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) pada Ogos ini yang akan diadakan di Selangor. Ketika ini Haikal sedang menyertai Liga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Apa-apapun selamat maju jaya kepada Haikal, semoga bakat baru bola sepak kelahiran Kedah ini tidak disia-siakan. Sama-sama kita beri sokongan dan dorongan kepada bakat muda seperti Haikal dalam memartabatkan sukan bola sepak negara di peringkat dunia!


::Profil Ringkas::
nama samaran : Haikal 
Sekolah : SMK Tunku Anum, Alor Setar Kedah
Tinggi : 167 cm
Berat :57 kg
Instagram : haikalhakimi7
moto : usaha, tawakal dan Allah akan beri rezeki,                       insyallah


Tuesday, October 8, 2013

[ Nak berlakon tak? ]

::

"Hello Sandra, u nak berlakon tak?"


"Nak, nak, sapa hero I, sapa pelakon yang akan berlakon dengan I?"

"U akan berlakon sorang je Sandra. Sebab u memang diva, kita memang budget u sorang je berlakon. Kalau ada pon, kita tambah sorang je laki, dia berlakon kejap je kot, U la heronya!"

"Oo ye ke? Bagi skrip dulu la, i nak baca."

"Skrip filem u tu pun dalam lima pages je gitew. Senang nak hafal."

"Ha? Biar betui? Abis tu costume I plak mcm mana? Sapa designer, sapa yang akan buat?"

"Jangan risau, U punya costume pun dua set je..? Maybe boleh pakai koleksi peribadi satu set, yang lagi satu tu kami sediakan?"

"Mmmm filem bajet ke apa ni? I akan berlakon kat mana?"

"2 tempat je, kat indoor studio dengan tepi tasik? Nak tak? Nak tak?"

"Citer apa ni?"

"GRAVITY"


Haa mungkin tu la perbualannya yang berlaku antara Sandra Bullock dengan Alfonso CuarĂ³n selaku pengarah filem Gravity sebelum shooting start.

Tak kurang pulak itu perbualan aku dengan member aku sebenarnya selepas tengok filem tu lewat malam tadi yang hanya ada 4 org penonton je.

Ye la bukan malam minggu pon, orang sibuk nak g keja esok kan, lain la kitaorang yang jadual cutinya xmenentu ni.

Nak jadi citer, walaupun citer tu obviously hanya dua org pelakon je, aku tetap enjoy.
Maybe kalau masuk box office producer pon senang nk bayar bonus, bayar kat beberapa orang tenaga kerja n pelakon je hihi.

Part yang aku tak boleh blah adalah part last sekali ketika scene di tasik. Time tu aku mula berfikiran macam-macam hanya kerana kawan aku yang dah tengok awal citer tu kata...

"Ending dia tak best, aku tak suka and xpuas ati la, kenapa macam tu?"

Masa scene last tu, dalam fikiran aku la, daripada susah payah dia dari angkasa jatuh ke bumi, akhirnya si Julia ni akan dibaham buaya tasik! Dan mati! Seolah-olah no point dia bersusah payah sbb mati juga akhirnya.

Mungkin sbb tu la kawan aku cakap dia tak puas hati. Dan itulah yang menyebabkan ending dia tak best..

Scene akhir buat aku berdebar-debar lebih teruk kot berbanding scene2 lain hanya disebabkan itu, hahahaha

Macam mana la aku leh terfikir dia akan kena makan buaya hahaha

Mungkin sbb aku pikir hanya dia seorang sahaja pelakon, maka pelakon lain yg wujud adalah binatang!  ^ ^

So sapa yang tak tengok lagi leh la pergi menonton. Best jugak!







::

p/s:: tonton la wayang pada weekdays, senang dpt parking n senang dpt seat best!


Monday, July 15, 2013

[ iftar ]

::

Berbuka puasa seorang diri sepanjang ramadan pastinya tak mengimarahkan semangat bulan ramadan aku rasa.

Ntah kenapa bulan ramadan tahun ni xbanyak pula jemputan kawan2 yang nak ajak berbuka bersama. Kalau sebelum ni macam tak menang tangan.  Tu tak termasuk yang media punya majlis berbuka puasa lagi tu.

Mungkin tak de rezeki tahun ni aku nak berbuka bersama2 rakan dan juga family. Kekadang sedih juga bila makan sorang2, rasa mcm bukan bulan ramadan pulak. Mcm dinner ari2 biasa je.

Tapi kalu pikir balik ok jugak, xpayah susah2 nk pikir restoren mana nk jmpa kawan2.. nk kena datang pukul berapa, rushing2 kejar waktu berbuka pastu jenuh nak pilih menu.

Berbuka sorang pulak aku rasa lebih mudah, nak makan tang mana pun buleh, pukul berapa pun buleh. Agak2 tak sempat minum air je dulu, kang berenti mana2 terus je makan.  Jalan pon xjem, janji ada rezeki.

Hihi ok lah selamat berbuka, menu yg dipesan pon dah smpai. Lebih elok makan sekarang. Alhamdulillah..

::

p/s:: mungkin jugak sbb tahun ni berbuka sorang, sbb tahun depan berbuka berdua..! Eceh..

Monday, June 17, 2013

[ samun ]

KELANA JAYA-Ketika pulang keseorangan drp menonton wayang jam 240 pagi, kereta hosmet saya ditahan 4 lelaki melayu berkereta proton wira dengan memberi amaran kononnya kereta hosmet saya mengalami masalah.

Tanpa berfikir panjang, hosmet saya memberhentikan kenderaannya di bahu jalan di LDP dan cuba check keretanya. Dua drp penjenayah berkenaan turun dan berada berhampiran hosmet saya.

Menyedari tiada masalah, kedua-dua penjenayah terus menangkap dan mengarahkan hosmet saya duduk dibelakang bersama salah seorang daripada mereka dan kereta dipandu penjenayah berkenaan ke sebuah tasik.

Di tasik seoarang penjenayah lain membawa tali dan mengikat hosmet saya dan menutup matanya. Kemudian mereka bertiga bersama-sama kereta hosmet saya bergerak ke kawasan lain.

Dengan izin Allah kereta hosmet saya rosak di pertengahan jalan kerana dipercayai dipandu terlalu laju. Lalu kereta diberhentikan. Mereka menukar hosmet saya ke kereta wira tadi dipercayai mengekori dari belakang sejak tadi dan membawa hosmet ke kawasan perkuburan cina.

Di situ mereka memukul sambil menghunus pisau di leher. Mereka kemudian mengambil semua wang, ATM card dan pin number, beserta ipad. Tangan yang diikat kemudian dibuka dan kad pengenalan dipulangkan. Ketika cubaan melarikan diri, hosmet dipukul lagi.

Kemudiaan setelah urusan jahanam itu selesai, mereka beredar dan hosmet segera mendapatkan bantuan. Apa yg pelik sebelum beredar, penjenayah berkenaan dtg untuk memotong tali yg diikat kemudian menyerahkan kunci kereta hosmet. Kenapa ye? Bukan kah mahu samun kereta. 

Syukur tidak diapa-apakan. Cuma luka ditumbuk dimuka, bibir dan luka ringan di tangan dan kaki.

Empat penjenayah berkenaan lelaki melayu, seorang sudah berumur, manakala 3 yang lain adalah lelaki muda.

Nasihat saya, jika ditahan oleh kereta lain jangan berhenti, jika perlu berhenti di stesen minyak. Apapun kita tidak boleh menjangka malang yang menimpa. Ketahuilah semua yang berlaku penuh dengan hikmah tersendiri.

Apa diharapkan, penjenayah berkenaan dapat dikesan kerana wang di atm telah dikeluarkan di cawangan bank lain.